Friday, October 15, 2010

Bajet 2011

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak telah pun membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat pada 15 Oktober 2010 pada jam 4.00pm-5.30pm...

Perdana Menteri Sedang Berucap Didalam Dewan Rakyat

 Antara Intipati @ Isi Kandungan Bajet 2011 ialah :

  • Duti import 300 barangan kegemaran pelancong dimansuh
  • Gaji pokok minimum pengawal keselamatan naik sehingga RM700 sebulan 
  • Cuti bersalin sehingga 90 hari untuk kakitangan awam wanita 
  • Dana Pencen Swasta ditubuh tahun depan
  • Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit. 
  • Cukai perkhidmatan juga dicadang dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar. 
  • Menubuhkan "Talent Corporation" di bawah Jabatan Perdana Menteri pada awal 2011 untuk membangunkan pangkalan data tenaga kerja berkepakaran serta menjalin kerjasama dengan jaringan bakat di seluruh dunia.
  •  RM212 bilion diperuntukkan bagi Bajet 2011 iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan 2010.
  • Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.2 bagi perbelanjaan pembangunan.
  • Di bawah peruntukan mengurus, RM45.6 bilion adalah bagi emolumen dan RM28.2 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan, RM86.4 billion diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenakan Bayaran Tetap.
  • Sejumlah RM1.4 bilion disediakan untuk pembelian aset dan RM1.2 bilion untuk perbelanjaan lain.
  • Bagi peruntukan pembangunan, RM28.3 bilion disediakan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar.
  • Sejumlah RM15.5 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
  •  RM4.4 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM955 juta bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.
  • Dari segi kutipan hasil Kerajaan Persekutuan bagi 2011, jumlahnya dianggarkan meningkat 2.3 peratus kepada RM165.8 bilion berbanding RM162.1 bilion pada 2010.
  • Defisit Kerajaan Persekutuan bagi 2011 dijangka terus berkurangan kepada 5.4 peratus daripada KDNK berbanding 5.6 peratus pada 2010.
  • Untuk Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 billion disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru.
  • RM213 juta lagi dibajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada Pengetua atau Guru Besar dan Guru Cemerlang.
  •  Pendaftaran prasekolah akan ditingkatkan dengan sasaran 72 peratus menjelang akhir 2011 melalui penambahan 1,700 kelas, pemantapan kurikulum serta pelantikan 800 guru prasekolah lepasan ijazah.
  •  RM111 juta diperuntukkan bagi program PERMATA antaranya bagi pembinaan fasa 2 Kompleks Sekolah PERMATA Pintar, membina 32 Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang sudah siap.
  • RM250 juta diperuntukkan bagi sekolah bantuan modal agama, sekolah bantuan modal jenis kebangsaan Cina, sekolah kebangsaan Tamil, sekolah bantuan modal mubaligh dan sekolah bantuan kerajaan seluruh negara.
  • Kerajaan juga bersetuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan RM95 juta sebagai mengiktiraf pendidikan Islam.
  • Bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar kompeten dan berkualiti yang dapat membimbing dan mendidik pelajar sekolah dengan sebaiknya, kerajaan menyediakan RM576 juta dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran.
  • Sejumlah RM213 juta diperuntukkan bagi mengangkat tinggi penguasaan Bahasa Malaysia, mempersadakan Bahasa Inggeris dan memperkemaskan kurikulum standard sekolah rendah.
  • Kerajaan bersetuju untuk mengambil 375 guru penutur jati antaranya daripada United Kingdom dan Australia untuk meningkatkan lagi pengajaran Bahasa Inggeris.
  • Peratusan staf akademik berkelulusan PhD ditambah kepada 75 peratus bagi universiti penyelidikan dan 60 peratus bagi IPTA lain dengan peruntukan RM20 juta.
  • Skim Rumah Pertamaku dengan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.
  • Menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah untuk pekerja estet oleh BSN.
  • Program Bantuan Rumah (12,000 unit) untuk golongan miskin dan miskin tegar dengan peruntukan RM300 juta.
  • Mewujudkan "Portal 1Malaysia Pengguna Bijak".
  • Memperkenalkan Program Pengedaran Barang Perlu bagi menyeragamkan harga barangan.
  • Memperkenalkan Program Transformasi Kedai Runcit, Bengkel Automotif dan Projek Pasar Komuniti.
  • Melancarkan Dana Pencen Swasta.
  • Melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera bernilai RM1 bilion dan patuh syariat.
  • Menyediakan multivitamin untuk pelajar sekolah rendah seluruh negara.
  •  Meneruskan program subsidi bayaran bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 sebulan.
  • Kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Expressway Bhd tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang bermula serta-merta.
  • Mengkaji semula had minimum kebankrapan yang pada masa ini berjumlah RM30,000.
  • Permohonan PR boleh dilakukan selepas lima tahun.
  • Menyediakan empat bas sebagai Klinik Bergerak.
  •  Merangka Model Baru Pembangunan Orang Asli dan Pribumi.
  • Memperkukuh JHEOA dengan mentransformasi kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli. 
  • Pelaburan swasta berkembang 12.5 peratus kepada RM86 bilion.
  •  Pelaksanaan 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dijangka menjana pelaburan bernilai lebih RM1.3 trilion dalam pelaburan dan mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan.
  • Kerajaan akan menyediakan peruntukan sebagai "tipping point" untuk membangunkan infrastruktur sokongan bagi membolehkan projek yang diterajui sektor swasta.
  • Beberapa projek perkongsian awam-swasta (PPP) di bawah RMK-10 akan dilaksanakan pada 2011 melalui pelaburan swasta sebanyak RM12.5 bilion.
  •  Academic Medical Centre, usahasama antara Academic Medical Centre Sdn Bhd dan Johns Hopkins Medical International serta Royal College of Surgeons Ireland, merupakan sebuah lagi projek PPP yang dikenal pasti dengan pelaburan swasta sebanyak RM2 bilion.
  • Kerajaan bersedia menimbang pakej insentif yang menarik sebagai galakan untuk mereka yang melabur di Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD).
  •  Transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) akan mula dilaksanakan mulai 2011 dengan pelaburan swasta sebanyak RM40 bilion dan siap menjelang 2020.
  •  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melaksanakan pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh bercampur dengan anggaran kos sebanyak RM10 bilion, yang dijangka siap menjelang 2025.
  • Bagi menyokong dasar liberalisasi kewangan, kerajaan akan mencergaskan lagi pasaran modal domestik dengan ambil langkah berani, terutamanya mempelbagaikan produk pelaburan, meliberalisasikan syarat pegangan ekuiti dan had pelaburan, menyediakan insentif yang lebih menarik serta meningkatkan kerjasama dengan bursa asing.
  •  Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) akan mengurangkan pegangan saham dalam syarikat utama di Bursa Malaysia untuk meningkatkan kecairan dan halaju dagangan pasaran.
  • Bursa Malaysia akan melancarkan sukuk dan bon konvensional untuk memenuhi permintaan pelabur runcit terhadap pelaburan pendapatan tetap untuk meningkatkan kerancakan pasaran bon.
  • Suruhanjaya Sekuriti akan menawarkan tiga lesen syarikat broker saham baru kepada syarikat tempatan, asing atau usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit.
  • Bursa Malaysia akan membangunkan international board bagi membolehkan penyenaraian saham asing termasuk produk pematuhan syariah.
  • Pengurangan cukai bagi perbelanjaan untuk penerbitan sekuriti Islam yang menggunakan prinsip Murabahah dan Bai’ Bithaman Ajil berasaskan tawarru’.
  •  Sumbangan takaful bagi kredit eksport diberi potongan cukai dua kali.
  • Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) akan diberi Dana Permulaan Perniagaan berjumlah RM100 juta untuk memberi pembiayaan mudah dengan bayaran balik selepas syarikat menjana pendapatan.
  • Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera (BPTF) akan lancar Skim Amanah Hartanah Bumiputera dengan saiz bernilai RM1 bilion.
  • Dana Pencen Swasta akan dilancar pada 2011 untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri.
  •  Pelepasan cukai pendapatan sehingga RM6,000 sedia ada bagi caruman pekerja kepada KWSP diperluaskan untuk meliputi caruman yang dibuat kepada Dana Pencen Swasta termasuk caruman oleh mereka yang bekerja sendiri. Majikan juga akan diberi potongan cukai ke atas caruman yang dibuat bagi pihak pekerjanya.
  • Sebanyak RM857 juta akan disediakan bagi syarikat tempatan yang melabur dalam aktiviti elektrik dan elektronik bernilai tambah tinggi terutamanya di Taman Teknologi Tinggi Kulim dan Pulau Pinang.
  •  Kerajaan memperuntukkan RM146 juta bagi menyokong industri minyak, gas dan tenaga. Antara projek yang akan dilaksanakan termasuk penubuhan Pusat Perkhidmatan dan Peralatan Minyak di Johor dengan membabitkan pelaburan RM6 bilion dalam tempoh 10 tahun.
  • Petronas akan laksanakan regasification dengan kos pelaburan RM3 bilion di Melaka dan akan beroperasi pada 2012.
  • Status Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan bagi aktiviti penjanaan tenaga daripada sumber yang boleh diperbaharui dan penjimatan tenaga dilanjutkan sehingga 31 Disember 2015.
  • Pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas peralatan penjanaan tenaga daripada sumber yang boleh diperbaharui dan penjimatan tenaga dilanjutkan sehingga 31 Disember 2012.
  •  Pengecualian cukai ke atas pendapatan daripada perdagangan sijil Certified Emission Reductions dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2012.
  • Pengecualian duti import sepenuhnya dan duti eksais 50 peratus diberi kepada pemegang francais kereta hibrid sehingga 31 Disember 2010 dan bagi terus menggalakkan pemilikan kereta itu, pengecualian duti import dan duti eksais dilanjutkan sehingga 31 Disember 2011. Galakan diperluaskan kepada kereta elektrik serta motosikal hibrid dan elektrik.
  • Kerajaan akan melaksanakan mekanisme Feed in Tariff (FiT) di bawah Akta Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) bagi membenarkan tenaga elektrik daripada sumber RE oleh pemaju bebas dan individu dijual kepada syarikat utiliti bekalan elektrik.
  • Kerajaan akan melanjutkan tempoh galakan elaun pelaburan kepada penyedia kemudahan sambungan terakhir perkhidmatan jalur lebar, dan juga melanjutkan pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas peralatan jalur lebar selama dua tahun sehingga 2012.
  • Sebanyak RM91 juta diperuntukkan bagi pembangunan modal insan dalam industri perkhidmatan penyenggaraan, baik pulih dan rombak rawat atau MRO, program latihan kejuruteraan aeroangkasa dan aeronautikal serta promosi perkhidmatan penyumberan luar perniagaan.
  • Kerajaan memperuntukkan RM850 juta bagi sokongan infrastruktur untuk pembangunan serantau dan koridor.
  1.  Iskandar Malaysia (RM339 juta)
  2.  Wilayah Ekonomi Koridor Utara (RM133 juta)
  3.  Wilayah Ekonomi Pantai Timur (RM178 juta)
  4.  Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (RM93 juta)
  5.  Koridor Pembangunan Sabah (RM110 juta).
  • Sebanyak RM411 juta diperuntukkan untuk aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan.
  •  Sejumlah RM71 juta diperuntukkan untuk Unit Inovasi Khas (UNIK).
  •  Akta Insolvensi baru akan menyatukan Akta Kebangkrapan 1967 dan Bahagian 10 Akta Syarikat 1965, termasuk pengenalan peruntukan berkaitan mekanisme penyelamat bagi syarikat dan individu bermasalah kewangan yang membabitkan perubahan had minimum kebangkrapan pada masa ini berjumlah RM30,000.
  •  Sebanyak RM200 juta diperuntukkan untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.
  •  Peruntukan sebanyak RM212 bilion bagi Bajet 2011 di mana RM162.8 bilion adalah untuk perbelanjaan mengurus dan RM49.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
  • Kutipan kerajaan persekutuan meningkat 2.3 peratus kepada RM165.8 bilion pada 2011 dan defisitnya susut kepada 5.4 peratus KDNK berbanding 5.6 peratus pada 2010.
 Ihsan - Bernama
Read more...

Confuse !!!

Aku tengah confuse sekarang dengan ni...sama ada nak kerja ke tak nak kerja dengan agensi perlancongan baru-baru ini...aku sebenarnya dah syok stay kat umah sebenarnya...huhuhu...aku sebenarnya berniat nak belajar dengan lebih mendalam lagi berkaitan dengan PHOTOGRAPY ni...edit mengedit gambar...bussines online...dengan erti kata lain aku nak memperkasakan lagi laman BLOG aku ni...hurrrmmm CONFUSE ! CONFUSE !
Read more...

My First BLOG HEADER....

Alhamdulillah....akhirnya dapat juga create HEADER blog aku sendiri...bagi aku dah ok lah tu...hehehe...cun punye...


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...