Thursday, December 10, 2009

Maybank2u – jangan suka-suka klik !!!

Disini aku ada satu artikel / pengalaman yang aku baca dari pengalaman di pishing oleh blogger Ummu Wahidah dikongsi bersama sebagai iktibar kepada semua pengguna banking online.



 
Malang tak berbau. Kerana tidak berhati2 dan cuai, saya yang biasanya tidak bertindakbalas terhadap fraud email akhirnya terpedaya. Saya sebenarnya tahu bahawa pihak maybank tidak akan menggunakan email sebagai media komunikasinya tetapi bagaimana saya boleh terpedaya, hanya Allah yg tahu. Mudah2an ada hikmahnya semua ini terjadi.
Kisahnya pada 18 nov 2009 ,saya terima satu email drpd “Maybank” dengan tajuk “account problem’. Saya tak hiraukan. Oleh kerana saya sudah menggunakan Maybank2u sejak ianya mula beroperasi lagi, tak pernah ada masalah pun. Lagi pun saya tak ada transaksi yg perlu dibuat minggu ini.Saya tak ambil kesah email ini.

Pada 19 nov 2009 dapat lagi satu email yg sama ditambah ‘warning’ pada tajuknya. Kebetulan ada pihak yg nak masukkan RM2500 tunai. Saya pun risau jika tidak ambil tindakan, mungkin saya tak boleh akses akaun saya. Lalu klik pada URL yg diberi dalam email tersebut. Terus saya dipandu ke satu skrin yg sama seperti Maybank yg biasa saya guna. Saya di’arah’ memasukkan id dan password untuk reactivate account.Selepas itu saya diarahkan oleh ’sistem’ untuk tidak mengakses akaun melalui internet sehingga jam 5 ptg.Kerana terlalu percayakan maybank saya lupa untuk menalipon mereka terlebih dahulu. Alangkah cuainya saya. Ini satu pengajaran buat saya dan kepada pembaca posting ini.
Tak lama selepas itu saya terima SMS dari maybank menunjukkan ada pindahan wang RM2500 dan RM800. Oleh kerana saya akan sibuk hari itu, saya fikir RM2500 adalah pindahan dari keluarga saya dan RM800 dari pihak koperasi saya. Hari ini 20 nov 2009 , saya memang sudah rancang untuk membuat beberapa transaksi termasuk membayar bil2.
Alangkah terkejutnya bila saya mengakses akaun melalui www.maybank2u.com.my, pada jam 12.15 tenghari, akaun saya sudah susut sebanyak Rm3300. Ada dua transaksi pindahan berlaku pada 19 nov 2009. Malah selepas menyemak transaksai akaun , saya cuba untuk mengakses URL yg diberi dalam fraud email. Malangnya semua pautan yg di beri , memberikan respon ““the page you’re looking for wasn’t found “ . maknanya mereka sudah delete program yg direka khas untuk ‘mengumpan’ pengguna.

Memandangkan hari ini Jumaat, saya terpaksa tunggu lepas solat Jummat untuk ambil tindakan . Selepas solat zohor saya hajat. Kemudian menghubungi ‘customer service’ maybank. Seperti yg dijangka pihak maybank kesal dengan kecuaian saya tidak menghubungi mereka dan percaya dengan email tersebut. Saya akui kecuaian saya. Pihak Maybank mengarahkan saya menukar kad ATM dan mereka mem’block’ akaun internet saya. dan saya juga perlu buat laporan polis.
 
Melalui kemudahan M2uhistory saya dapat menjejak transaksi pada 19 nov 2009 dimana dua pindahan telah dibuat. RM2500 dari akaun simpanan dan RM800 daripada akaun semasa. Pindahan telah dibuat kepada penama Lina Hazlina binti A (paparan skrin tak lengkap) nombor akaun Maybank 114236267361. Saya harap ada sesiapa yg dapat bantu saya menjejak Lina Hazlina ini selain pihak maybank yang tentunya akan dapat menjejaki maklumat beliau kerana beliau ada akaun dengan maybank.
Saya fikir jika beliau pulangkan wang saya, saya tak akan buat repot polis. Kalau saya buat laporan polis mungkin dia masuk penjara . Mana lebih baik? saya ada cari maklumat Lina Hazlina di facebook tapi tak pasti apakah itu orangnya. Jika Lina Hazlina sendiri membaca coretan ini, sila ambil tindakan sebelum saudari ditangkap.
Read more...

KES RAGUT SEMAKIN MENJADI-JADI

Mangsa ragut yang terbunuh di ibu negara semalam sempat menggunakan telefon bimbit untuk merakamkan gambar isteri bersama anak tunggalnya selain meninggalkan pesanan yang memilukan.

"Biar ayah ambil gambar Kasih (Zalifah Qistina) dengan ibu (Norehan Abd Rahman) sebab lepas ini Kasih dah tak boleh tengok ayah lagi," kata-kata itu diucapkan Abdul Rahman Mohd Khala'din, 34, sebelum menyerahkan anaknya, yang berusia 18 bulan, kepada kakak iparnya.

Kakak mangsa, Halimah Mohd Kala'din, 39, berkata sejurus selepas mengambil gambar itu, adiknya menyerahkan anak tunggal yang dipanggil Kasih kepada kakak iparnya di sebuah pusat beli-belah di Taman Maluri, Kuala Lumpur.

Kakak iparnya begitu terkejut kerana lima minit kemudian Abdul Rahman yang menunggang motosikal bersama isteri untuk ke tempat kerja terkorban menjadi mangsa ragut.

"Kakak ipar arwah yang berada di pusat beli-belah tersebut langsung tidak menyangka bahawa itu merupakan pesanan terakhir arwah buat Kasih dan Norehan," katanya kepada pemberita selepas jenazah Abdul Rahman dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Slim di Slim River kira-kira 2.40 petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang semalam, Abdul Rahman dan Norehan yang baru keluar dari pusat beli-belah itu dipercayai dihimpit dua peragut sebelum hilang kawalan motosikal sehingga merempuh pagar simen sebuah rumah menyebabkan mereka tercampak ke tepi jalan.

Abdul Rahman maut di tempat kejadian manakala Norehan cedera parah dan rantai lehernya turut dilarikan peragut.

Halimah berkata walaupun bersedih dengan peristiwa berkenaan, namun kaum keluarganya tetap bersyukur kerana ketika kejadian Kasih bersama kakak ipar arwah.

"Saya sendiri tidak boleh bayangkan jika Kasih turut membonceng motosikal itu. Mujurlah Kasih tidak bersama," katanya.

Katanya, kaum keluarga menerima peristiwa itu sebagai satu takdir, namun tetap berharap agar mereka yang terlibat dapat ditangkap.

"Kesan perbuatan peragut sangat dahsyat dan sebolehnya (kami) mahu mereka dihukum... menjadi pengajaran kepada orang lain," katanya. BERNAMA

Artikel di atas merupakan kejadian ragut yang terbaru berlaku di kawasan berhampiran dengan aku iaitu di kawasan tempat aku menjalankan praktikal iaitu di Taman Maluri...aku sempat melihat polis sedang menjalankan siatan di tempat kejadian semasa aku dalam perjalanan pulang ke rumah...aku sangkakan ade 'road block' huhu..rupa2 nya lain plak yang terjadi...makin menjadi2 kes ragut sekarang ni tau...rasa macam dah tak selamat dah berada di luar...dunia...dunia...moga2 dijauhkan dari perkara yang tak diingini...AMIN....
Read more...

TAKO ZEN & DORAYAKI

Ini aku ada kisah pasal makanan jepun ni...masa ni aku ajaklah my cousin & her nephew pegi carefour wangsa maju nak gi servey harga2 kain langsir kat nagoya...lepas tu kitorg pun jalan2 lah dkt tmpt jual2 makanan tu...cousin aku tu plak cakap nak beli TAKO ZEN ni...aku pun ikut je lah...nampak cam sedap...ala2 kaya ball...


ade tiga perasa...harga pun boleh tahan gak...



Yumm...Yummm....

Sambil2 kitorg tunggu bola kecik ni masak...kat sebelah tu plak ade jual DORAYAKI...makanan kegemaran DORAEMON....huhuhu ramai jugak org membelinya...aku nak gak beli..tapi bile mengenangkan sebiji (atas bawah) RM 1.50..huhu tak puas makan tu...


Dorayaki yang nampak menyelerakan...



Orang minta yang panas,aku pun nak jugak yang panas...huhuhu



Yumm...Yummm...Yuummmm

Aleh2...aku beli jugak lah 3 keping...RM4.50...perisa coklat...rasanya aku boleh masuk ke dalam saluran tekak aku ni...tapi yang TAKO ZEN tu...baru aku makan sikit dah tak termakan aku...nampaknya tekak aku ni memang tekak melayu...tak boleh terima japan food ni...

*** Semasa aku membuat entri ni..aku teringat seseorang yg berada di Jepun atas urusan kerja...:-(


Read more...
Salam semua...lama aku tak mengeluarkan entry baru aku di blog aku ni...dekat hampir seminggu aku tak buka blog aku ni...dalam tempoh tu macam2 yang berlaku di sekeliling aku...aku pun tak berapa nak ingat..tapi aku akan ceritakan serba sedikit peristiwa yang berlaku dalam tempoh tersebut...(apa yang termampu aku ingat...huhu)....

Year End Sale (YES) Di Jusco Maluri

Sale di jusco ni berlangsung 2 hari iaitu 2 & 3 Disember (rabu&khamis)...aku tak terfikir pun nak pegi masa tu...tak de benda pun nak beli...tapi dkt2 nak lunch tu...salah sorang staff ajak plak pegi...apa lagi kitaorg golongan2 hawa ni pantang di ajak berjalan...tak de duit pun buat2 ade duit...huhu...kitorg enam org pun berjalan kaki lebih kurang 10 minit...huhu bagi aku penat giler tu...(tu lah x biasa berjalan kaki) sampai jek dalam jusco tu kitaorg pun berpecah...pegi cari barang masing2...aku plak terus menuju tmpt kasut...x de yang menarik...aku pegi plak kat vincci...aku pun beli lah ade satu sandle yang dapat 50%...dalam 20 lebih harganya..tu jek lah yang aku beli...baju2 plak aku memang tak terlintas nak beli pun...sbb baju aku kat umah tu berlambak2 dlm almari tak pakai2...sambil2 aku menunggu yang lain...aku tgk gelagat org membeli barang...org2 yang menjual barang...pening kepala aku menenggoknya...huhu...aku sempat take this picture utk tontonan korang...


Gelagat pengunjung berebut membeli Bantal tidorrr jenama ???? ( x igt)....ZzZZZzZzZ



 Macam nak buat meniaga pun ada dorang ni...huhuhu



Sesi memilih permainan untuk anak2...


Bile plak aku nak beli barang2 macam ni ??? huhuhu

Kitorang gerak balik dalam pkl 2.30pm..huhuhu sesuke hati jerk kan..ntahlah opis ditinggalkan tak de orang kan...hehehe...tak pe2..sekali skala..bkn slalu pun..huhu...sampai opis masing2 penat..aku plak mencari air corn...& sambung buat kerja....



Read more...

Friday, December 04, 2009

Bagaimana untuk Membeli Sebuah Kamera Digital ???

Pada masa ini terdapat banyak kedai untuk korang semua mendapatkan sebuah kamera digital dan korang akan ditenggelami dengan pelbagai pilihan yang ada. Dengan bajet yang korang ada, korang akan menemui berdozen kamera-kamera boleh didapati pada hujung jari korang.Kebanyakkannya mempunyai ciri-ciri yang sama.

Bagaimanakah korang boleh memilih kamera digital yang betul untuk korang sendiri? Di sini adalah 5 perkara aku cadangkan dan korang bolrhlah menimbangkannya sebelum membuat pilihan korang.

Sebarang kamera yang korang gunakan, korang boleh mengambil filem yang baik dengan mengetahui beberapa panduan asas dan beberapa pro tahap tip-tip. Dapatkan panduan tersebut dengan click Tips membeli Kamera Digital.

Disini aku telah menyenaraikan antara perkara yang korang kena timbangkan sebelum membuat pembelian Kamera Digital :

1. Bajet korang

Korang perlu memutuskan berapakah yang korang bersedia @ mampu untuk memperuntukkan pada kamera baru korang, dan senang untuk menghadkan penyelidikan korang untuk kamera-kamera dalam bajet itu sahaja. Mengapa membazirkan masa korang untuk dengan melihat @ men'survey' kamera yang bukan dalam bajet korang ???

 2. Keperluan Fotografi

Apa jenis-jenis gambar yang korang ingin ambil ? adakah jenis potret ? lanskap ? gambar2 sukan ? tertutup / luar ?  Jawapan untuk soalan ini akan membantu korang menentukan ciri-ciri yang penting untuk korang. Jika korang suka menjadi mengambil gambar kanak-kanak @ anak-anak korang, korang mungkin memerlukan  sebuah kamera dengan ciri pengenalan wajah dan pengurangan mata merah mudah. Sebaliknya, jika korang  selalu mencuba untuk menawan tembakan-tembakan tindakan daripada permainan bola sepak anak lelaki korang, korang pastinya memerlukan sebuah kamera dengan tembakan letusan laju.




3. Bagaimana Korang Mencetak Gambar-Gambar Korang

Sekiranya korang mencetak gambar-gambar korang hanya untuk simpanan peribadi, memadailah dengan membeli kamera digital sekitar 5 - 7 megapixels. Sebaliknya, jika anda mencetak poster-poster yang bersaiz besar, korang kena lah mencari kamera digital yang paling minimum 10 megapixels dan keatas.Ataupun korang tidak mempunyai mesin pencetak, korang boleh berkongsi dengan rakan/keluarga korang melalui email.

4. Siapa menggunakan kamera itu

Mungkin pasangan korang, kanak-kanak atau rakan sejawatan menjadi pengguna kamera itu juga? Kemudian korang akan memerlukan sebuah kamera yang cukup mudah untuk mereka gunakan. Kamera digital yang menawarkan program 'automatik setting' adalah cukup mudah malah untuk kanak-kanak. Penstabilan bayangan juga sesuai untuk amatur-amatur yang menggunakan kamera.

5. Bagaimana Serius Korang dengan Digital Fotografi

Adakah anda melihat diri anda tumbuh lebih daripada satu fotografi digital peminat untuk mungkin menjadi semi-professional? Kemudian melihat untuk sebuah kamera berwajah yang akan berkembang dengan kemahiran-kemahiran anda. Sebagai contoh, sebuah kamera digital yang membenarkan anda bagi menjadikan bukaan anda sendiri, kelajuan pengatup, tumpuan dan seting lain akan memberi cukup ruang anda untuk bereksperimen.
Read more...

Wednesday, December 02, 2009

Rahsia Menawan Hati Jejaka Idaman Terbongkar!

Aku yakin ramai di kalangan wanita di luar sana yang masih membujang kerana korang masih belum dapat memiliki jejaka yang korang idamkan. Walaupun sudah ramai lelaki yang cuba memikat korang, tetapi hati korang tetap dengan jejaka idaman dan igauankorang dan si dia sentiasa di hati korang. Tidak ada seorang pun yang dapat menggantikan tempatnya di dalam hati korang.

Aku tahu korang kecewa. Anda ingin memilikinya tetapi korang tidak yakin, tiada peluang dan korang sangat merendah diri apabila berhadapan dengannya.  Tahukah korang bahawa di luar sana, terdapat ramai wanita yang tidak secantik Siti Nurhaliza, tidak sesempurna Maya Karin, tetapi mereka masih mampu dan berjaya memiliki jejaka idaman mereka? Ini adalah kerana mereka mengetahui satu rahsia yang mereka tidak mahu kongsikannya dengan korang!

Apa yang menjadi rahsia mereka selama ini ialah mereka mengetahui segalanya mengenai kelebihan dan kelemahan lelaki, mengenali mereka sedalamnya dan tahu bagaimana untuk menawan hati mereka! Semua ini telah dibongkarkan di dalam ebook Panduan Cinta Untuk Wanita. Ebook yang sangat comel ini telah menceritakan segala perkara mengenai lelaki dan bagaimana untuk menawan hati mereka.

Tidak akan ada maklumat yang sebegitu tepat sekiranya ia tidak ditulis oleh kaum lelaki sendiri. Bukan senang untuk memahami hati seseorang lelaki. Wanita perlu berusaha dan belajar sendiri bagaimana untuk memahami mereka. Kini,korang tidak perlu risau lagi! Dengan kewujudan ebook Panduan Cinta Untuk Wanita, aku percaya, perkataan “tidak yakin”, “tiada peluang”, “rendah diri” dan sebagainya tidak akan wujud lagi di dalam kamus hidup korang dan nantikan si dia menjadi milik korang buat selamanya.

Ingin tahu dengan lebih lanjut...Click  Tawan Hati Dan Perasaan Si Dia Sekarang Juga! | PanduanCinta.com
Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...