Thursday, December 10, 2009

Maybank2u – jangan suka-suka klik !!!

Disini aku ada satu artikel / pengalaman yang aku baca dari pengalaman di pishing oleh blogger Ummu Wahidah dikongsi bersama sebagai iktibar kepada semua pengguna banking online.



 
Malang tak berbau. Kerana tidak berhati2 dan cuai, saya yang biasanya tidak bertindakbalas terhadap fraud email akhirnya terpedaya. Saya sebenarnya tahu bahawa pihak maybank tidak akan menggunakan email sebagai media komunikasinya tetapi bagaimana saya boleh terpedaya, hanya Allah yg tahu. Mudah2an ada hikmahnya semua ini terjadi.
Kisahnya pada 18 nov 2009 ,saya terima satu email drpd “Maybank” dengan tajuk “account problem’. Saya tak hiraukan. Oleh kerana saya sudah menggunakan Maybank2u sejak ianya mula beroperasi lagi, tak pernah ada masalah pun. Lagi pun saya tak ada transaksi yg perlu dibuat minggu ini.Saya tak ambil kesah email ini.

Pada 19 nov 2009 dapat lagi satu email yg sama ditambah ‘warning’ pada tajuknya. Kebetulan ada pihak yg nak masukkan RM2500 tunai. Saya pun risau jika tidak ambil tindakan, mungkin saya tak boleh akses akaun saya. Lalu klik pada URL yg diberi dalam email tersebut. Terus saya dipandu ke satu skrin yg sama seperti Maybank yg biasa saya guna. Saya di’arah’ memasukkan id dan password untuk reactivate account.Selepas itu saya diarahkan oleh ’sistem’ untuk tidak mengakses akaun melalui internet sehingga jam 5 ptg.Kerana terlalu percayakan maybank saya lupa untuk menalipon mereka terlebih dahulu. Alangkah cuainya saya. Ini satu pengajaran buat saya dan kepada pembaca posting ini.
Tak lama selepas itu saya terima SMS dari maybank menunjukkan ada pindahan wang RM2500 dan RM800. Oleh kerana saya akan sibuk hari itu, saya fikir RM2500 adalah pindahan dari keluarga saya dan RM800 dari pihak koperasi saya. Hari ini 20 nov 2009 , saya memang sudah rancang untuk membuat beberapa transaksi termasuk membayar bil2.
Alangkah terkejutnya bila saya mengakses akaun melalui www.maybank2u.com.my, pada jam 12.15 tenghari, akaun saya sudah susut sebanyak Rm3300. Ada dua transaksi pindahan berlaku pada 19 nov 2009. Malah selepas menyemak transaksai akaun , saya cuba untuk mengakses URL yg diberi dalam fraud email. Malangnya semua pautan yg di beri , memberikan respon ““the page you’re looking for wasn’t found “ . maknanya mereka sudah delete program yg direka khas untuk ‘mengumpan’ pengguna.

Memandangkan hari ini Jumaat, saya terpaksa tunggu lepas solat Jummat untuk ambil tindakan . Selepas solat zohor saya hajat. Kemudian menghubungi ‘customer service’ maybank. Seperti yg dijangka pihak maybank kesal dengan kecuaian saya tidak menghubungi mereka dan percaya dengan email tersebut. Saya akui kecuaian saya. Pihak Maybank mengarahkan saya menukar kad ATM dan mereka mem’block’ akaun internet saya. dan saya juga perlu buat laporan polis.
 
Melalui kemudahan M2uhistory saya dapat menjejak transaksi pada 19 nov 2009 dimana dua pindahan telah dibuat. RM2500 dari akaun simpanan dan RM800 daripada akaun semasa. Pindahan telah dibuat kepada penama Lina Hazlina binti A (paparan skrin tak lengkap) nombor akaun Maybank 114236267361. Saya harap ada sesiapa yg dapat bantu saya menjejak Lina Hazlina ini selain pihak maybank yang tentunya akan dapat menjejaki maklumat beliau kerana beliau ada akaun dengan maybank.
Saya fikir jika beliau pulangkan wang saya, saya tak akan buat repot polis. Kalau saya buat laporan polis mungkin dia masuk penjara . Mana lebih baik? saya ada cari maklumat Lina Hazlina di facebook tapi tak pasti apakah itu orangnya. Jika Lina Hazlina sendiri membaca coretan ini, sila ambil tindakan sebelum saudari ditangkap.
Read more...

KES RAGUT SEMAKIN MENJADI-JADI

Mangsa ragut yang terbunuh di ibu negara semalam sempat menggunakan telefon bimbit untuk merakamkan gambar isteri bersama anak tunggalnya selain meninggalkan pesanan yang memilukan.

"Biar ayah ambil gambar Kasih (Zalifah Qistina) dengan ibu (Norehan Abd Rahman) sebab lepas ini Kasih dah tak boleh tengok ayah lagi," kata-kata itu diucapkan Abdul Rahman Mohd Khala'din, 34, sebelum menyerahkan anaknya, yang berusia 18 bulan, kepada kakak iparnya.

Kakak mangsa, Halimah Mohd Kala'din, 39, berkata sejurus selepas mengambil gambar itu, adiknya menyerahkan anak tunggal yang dipanggil Kasih kepada kakak iparnya di sebuah pusat beli-belah di Taman Maluri, Kuala Lumpur.

Kakak iparnya begitu terkejut kerana lima minit kemudian Abdul Rahman yang menunggang motosikal bersama isteri untuk ke tempat kerja terkorban menjadi mangsa ragut.

"Kakak ipar arwah yang berada di pusat beli-belah tersebut langsung tidak menyangka bahawa itu merupakan pesanan terakhir arwah buat Kasih dan Norehan," katanya kepada pemberita selepas jenazah Abdul Rahman dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Slim di Slim River kira-kira 2.40 petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang semalam, Abdul Rahman dan Norehan yang baru keluar dari pusat beli-belah itu dipercayai dihimpit dua peragut sebelum hilang kawalan motosikal sehingga merempuh pagar simen sebuah rumah menyebabkan mereka tercampak ke tepi jalan.

Abdul Rahman maut di tempat kejadian manakala Norehan cedera parah dan rantai lehernya turut dilarikan peragut.

Halimah berkata walaupun bersedih dengan peristiwa berkenaan, namun kaum keluarganya tetap bersyukur kerana ketika kejadian Kasih bersama kakak ipar arwah.

"Saya sendiri tidak boleh bayangkan jika Kasih turut membonceng motosikal itu. Mujurlah Kasih tidak bersama," katanya.

Katanya, kaum keluarga menerima peristiwa itu sebagai satu takdir, namun tetap berharap agar mereka yang terlibat dapat ditangkap.

"Kesan perbuatan peragut sangat dahsyat dan sebolehnya (kami) mahu mereka dihukum... menjadi pengajaran kepada orang lain," katanya. BERNAMA

Artikel di atas merupakan kejadian ragut yang terbaru berlaku di kawasan berhampiran dengan aku iaitu di kawasan tempat aku menjalankan praktikal iaitu di Taman Maluri...aku sempat melihat polis sedang menjalankan siatan di tempat kejadian semasa aku dalam perjalanan pulang ke rumah...aku sangkakan ade 'road block' huhu..rupa2 nya lain plak yang terjadi...makin menjadi2 kes ragut sekarang ni tau...rasa macam dah tak selamat dah berada di luar...dunia...dunia...moga2 dijauhkan dari perkara yang tak diingini...AMIN....
Read more...

TAKO ZEN & DORAYAKI

Ini aku ada kisah pasal makanan jepun ni...masa ni aku ajaklah my cousin & her nephew pegi carefour wangsa maju nak gi servey harga2 kain langsir kat nagoya...lepas tu kitorg pun jalan2 lah dkt tmpt jual2 makanan tu...cousin aku tu plak cakap nak beli TAKO ZEN ni...aku pun ikut je lah...nampak cam sedap...ala2 kaya ball...


ade tiga perasa...harga pun boleh tahan gak...



Yumm...Yummm....

Sambil2 kitorg tunggu bola kecik ni masak...kat sebelah tu plak ade jual DORAYAKI...makanan kegemaran DORAEMON....huhuhu ramai jugak org membelinya...aku nak gak beli..tapi bile mengenangkan sebiji (atas bawah) RM 1.50..huhu tak puas makan tu...


Dorayaki yang nampak menyelerakan...



Orang minta yang panas,aku pun nak jugak yang panas...huhuhu



Yumm...Yummm...Yuummmm

Aleh2...aku beli jugak lah 3 keping...RM4.50...perisa coklat...rasanya aku boleh masuk ke dalam saluran tekak aku ni...tapi yang TAKO ZEN tu...baru aku makan sikit dah tak termakan aku...nampaknya tekak aku ni memang tekak melayu...tak boleh terima japan food ni...

*** Semasa aku membuat entri ni..aku teringat seseorang yg berada di Jepun atas urusan kerja...:-(


Read more...
Salam semua...lama aku tak mengeluarkan entry baru aku di blog aku ni...dekat hampir seminggu aku tak buka blog aku ni...dalam tempoh tu macam2 yang berlaku di sekeliling aku...aku pun tak berapa nak ingat..tapi aku akan ceritakan serba sedikit peristiwa yang berlaku dalam tempoh tersebut...(apa yang termampu aku ingat...huhu)....

Year End Sale (YES) Di Jusco Maluri

Sale di jusco ni berlangsung 2 hari iaitu 2 & 3 Disember (rabu&khamis)...aku tak terfikir pun nak pegi masa tu...tak de benda pun nak beli...tapi dkt2 nak lunch tu...salah sorang staff ajak plak pegi...apa lagi kitaorg golongan2 hawa ni pantang di ajak berjalan...tak de duit pun buat2 ade duit...huhu...kitorg enam org pun berjalan kaki lebih kurang 10 minit...huhu bagi aku penat giler tu...(tu lah x biasa berjalan kaki) sampai jek dalam jusco tu kitaorg pun berpecah...pegi cari barang masing2...aku plak terus menuju tmpt kasut...x de yang menarik...aku pegi plak kat vincci...aku pun beli lah ade satu sandle yang dapat 50%...dalam 20 lebih harganya..tu jek lah yang aku beli...baju2 plak aku memang tak terlintas nak beli pun...sbb baju aku kat umah tu berlambak2 dlm almari tak pakai2...sambil2 aku menunggu yang lain...aku tgk gelagat org membeli barang...org2 yang menjual barang...pening kepala aku menenggoknya...huhu...aku sempat take this picture utk tontonan korang...


Gelagat pengunjung berebut membeli Bantal tidorrr jenama ???? ( x igt)....ZzZZZzZzZ



 Macam nak buat meniaga pun ada dorang ni...huhuhu



Sesi memilih permainan untuk anak2...


Bile plak aku nak beli barang2 macam ni ??? huhuhu

Kitorang gerak balik dalam pkl 2.30pm..huhuhu sesuke hati jerk kan..ntahlah opis ditinggalkan tak de orang kan...hehehe...tak pe2..sekali skala..bkn slalu pun..huhu...sampai opis masing2 penat..aku plak mencari air corn...& sambung buat kerja....



Read more...

Friday, December 04, 2009

Bagaimana untuk Membeli Sebuah Kamera Digital ???

Pada masa ini terdapat banyak kedai untuk korang semua mendapatkan sebuah kamera digital dan korang akan ditenggelami dengan pelbagai pilihan yang ada. Dengan bajet yang korang ada, korang akan menemui berdozen kamera-kamera boleh didapati pada hujung jari korang.Kebanyakkannya mempunyai ciri-ciri yang sama.

Bagaimanakah korang boleh memilih kamera digital yang betul untuk korang sendiri? Di sini adalah 5 perkara aku cadangkan dan korang bolrhlah menimbangkannya sebelum membuat pilihan korang.

Sebarang kamera yang korang gunakan, korang boleh mengambil filem yang baik dengan mengetahui beberapa panduan asas dan beberapa pro tahap tip-tip. Dapatkan panduan tersebut dengan click Tips membeli Kamera Digital.

Disini aku telah menyenaraikan antara perkara yang korang kena timbangkan sebelum membuat pembelian Kamera Digital :

1. Bajet korang

Korang perlu memutuskan berapakah yang korang bersedia @ mampu untuk memperuntukkan pada kamera baru korang, dan senang untuk menghadkan penyelidikan korang untuk kamera-kamera dalam bajet itu sahaja. Mengapa membazirkan masa korang untuk dengan melihat @ men'survey' kamera yang bukan dalam bajet korang ???

 2. Keperluan Fotografi

Apa jenis-jenis gambar yang korang ingin ambil ? adakah jenis potret ? lanskap ? gambar2 sukan ? tertutup / luar ?  Jawapan untuk soalan ini akan membantu korang menentukan ciri-ciri yang penting untuk korang. Jika korang suka menjadi mengambil gambar kanak-kanak @ anak-anak korang, korang mungkin memerlukan  sebuah kamera dengan ciri pengenalan wajah dan pengurangan mata merah mudah. Sebaliknya, jika korang  selalu mencuba untuk menawan tembakan-tembakan tindakan daripada permainan bola sepak anak lelaki korang, korang pastinya memerlukan sebuah kamera dengan tembakan letusan laju.




3. Bagaimana Korang Mencetak Gambar-Gambar Korang

Sekiranya korang mencetak gambar-gambar korang hanya untuk simpanan peribadi, memadailah dengan membeli kamera digital sekitar 5 - 7 megapixels. Sebaliknya, jika anda mencetak poster-poster yang bersaiz besar, korang kena lah mencari kamera digital yang paling minimum 10 megapixels dan keatas.Ataupun korang tidak mempunyai mesin pencetak, korang boleh berkongsi dengan rakan/keluarga korang melalui email.

4. Siapa menggunakan kamera itu

Mungkin pasangan korang, kanak-kanak atau rakan sejawatan menjadi pengguna kamera itu juga? Kemudian korang akan memerlukan sebuah kamera yang cukup mudah untuk mereka gunakan. Kamera digital yang menawarkan program 'automatik setting' adalah cukup mudah malah untuk kanak-kanak. Penstabilan bayangan juga sesuai untuk amatur-amatur yang menggunakan kamera.

5. Bagaimana Serius Korang dengan Digital Fotografi

Adakah anda melihat diri anda tumbuh lebih daripada satu fotografi digital peminat untuk mungkin menjadi semi-professional? Kemudian melihat untuk sebuah kamera berwajah yang akan berkembang dengan kemahiran-kemahiran anda. Sebagai contoh, sebuah kamera digital yang membenarkan anda bagi menjadikan bukaan anda sendiri, kelajuan pengatup, tumpuan dan seting lain akan memberi cukup ruang anda untuk bereksperimen.
Read more...

Wednesday, December 02, 2009

Rahsia Menawan Hati Jejaka Idaman Terbongkar!

Aku yakin ramai di kalangan wanita di luar sana yang masih membujang kerana korang masih belum dapat memiliki jejaka yang korang idamkan. Walaupun sudah ramai lelaki yang cuba memikat korang, tetapi hati korang tetap dengan jejaka idaman dan igauankorang dan si dia sentiasa di hati korang. Tidak ada seorang pun yang dapat menggantikan tempatnya di dalam hati korang.

Aku tahu korang kecewa. Anda ingin memilikinya tetapi korang tidak yakin, tiada peluang dan korang sangat merendah diri apabila berhadapan dengannya.  Tahukah korang bahawa di luar sana, terdapat ramai wanita yang tidak secantik Siti Nurhaliza, tidak sesempurna Maya Karin, tetapi mereka masih mampu dan berjaya memiliki jejaka idaman mereka? Ini adalah kerana mereka mengetahui satu rahsia yang mereka tidak mahu kongsikannya dengan korang!

Apa yang menjadi rahsia mereka selama ini ialah mereka mengetahui segalanya mengenai kelebihan dan kelemahan lelaki, mengenali mereka sedalamnya dan tahu bagaimana untuk menawan hati mereka! Semua ini telah dibongkarkan di dalam ebook Panduan Cinta Untuk Wanita. Ebook yang sangat comel ini telah menceritakan segala perkara mengenai lelaki dan bagaimana untuk menawan hati mereka.

Tidak akan ada maklumat yang sebegitu tepat sekiranya ia tidak ditulis oleh kaum lelaki sendiri. Bukan senang untuk memahami hati seseorang lelaki. Wanita perlu berusaha dan belajar sendiri bagaimana untuk memahami mereka. Kini,korang tidak perlu risau lagi! Dengan kewujudan ebook Panduan Cinta Untuk Wanita, aku percaya, perkataan “tidak yakin”, “tiada peluang”, “rendah diri” dan sebagainya tidak akan wujud lagi di dalam kamus hidup korang dan nantikan si dia menjadi milik korang buat selamanya.

Ingin tahu dengan lebih lanjut...Click  Tawan Hati Dan Perasaan Si Dia Sekarang Juga! | PanduanCinta.com
Read more...

Sunday, November 29, 2009

CAT SHOW 29/9/2009

Hari ini merupakan hari yang paling nervous buat pemilik kucing dan kucing itu sendiri yang menyertai CAT SHOW di Mid Valley....antaranya adalah aku dan my Debab..lagi pun first time join lah katakan...seawal 7am aku dah bgn siap2 utk ke Mid Valley...Aku, My Cousin & her nephew sampai di Mid Valley seawal jam 8.45am (dalam borang tulis time for vetting in 8.00am - 9.30am)...pehh!! x pnh smpai shopping complex sebegini awal...semua kedai x buka lagi...masa sampai tu aku tgk cam x de org plak..aku pun call lah urus setia CAT SHOW tu Habil...dia ckp kul 9am plak...aku ngn dua orang pengikut aku tu pun bergerak lah ke  Excabition Centre, tgk dah de org dah menunggu kat dpn tu...tmpt x buka lg...aleh2 tnggu smpai pkl 10am...br blh msuk...sambil2 menunggu tu sempat gak lah berkenalan dgn sorang ni..nama dia Mimi & Aina...the cat name is Koko...huhu...ade jugak kwn yang bawa kucing sekor..yang lain mesti lbh dr 1 ekor..rasa segan je masa tu...hehehe...dengan si Debab aku yang ketakutan..(habis kaler pink2 hidungnya) waktu dah dalam tempat yg sepatutnya, apa lagi...kucing2 ada semua diletakkan ditempat yang disediakan...si Debab aku plak di sangkar yang ke 79..berjiran dgn Koko...78...hehehe...kebetulan plak...acara utk hari ini berakhir pkl 6.15pm...walaupun Debab aku x memang pape...but i enjoy for this event...dpt door gift pun ok le...hehe...next month pada 12 & 13 Disember we will join again di Shah Alam..mari beramai-ramai memeriahkannya...to view picture klik MY PICTURE di sebelah ni ok....macam-maca gelagat kucing pada masa ni...
Read more...

Saturday, November 28, 2009

Masalah Lagi !!!

Hari ni aku cam apa yg dah aku plan kan....aku bawa Debab aku ke Pet shop utk g mandi...aku x sbr nk tnggu  esk sbnrnya...CAT SHOW first time utk aku dgn Debab....tup tup...dlm kul 7.30pm mak aku call ckp kereta rosak...pehhh!!! aku dah x senang duduk di buatnya...aku mmg dah plan nak bawa kereta mak aku esk g MidValley esk...aleh2...lain plak...aku pun pe lg buka lah Mudah.My...konon2 nak cari Rental Car lah...huhu...tepon2 semua penyewa...semua full booking,...aleh2 aku br teringat dari aku bazirkan duit rm100 sewa kereta...aku pun call kakak sepupu aku punya suami...dia bawa teksi...aku pun tnya dia...blh ke x hantar?? dia ckp hantar blh...blk sendiri....hahaha...ok le tu...yang penting aku kene smpai Mid Valley before 9am...balik tu nnti aku blk lah ngn abg aku..huhuhu...jimat duit aku...kan? kan? kan? so masalah aku now settle !!!
So Debab....Are U Ready Tomorrow ????!!!! hehehehe
Read more...

Friday, November 27, 2009

SEDIH GILER !!!

Pehhh!!! giler sedih cite NUR KASIH ni  !!!!

Aku suke sgt tgk Aliya & Nur dalam cite NUR KASIH ni...dorang sweet sgt bila pakai tudung....

Read more...

Tamparan Wanita @ Ibu !!!

Salam semua...apa kabar anda semua hari ni?? sempena dgn hari raya korban hari ni..semoga anda semua gembira dgn keluarga anda semua..sape2 yg blk kmpg tu...hati2 bila pulang nanti...yang x blk kmpung tu pun hati2 juga...:-) hari ni tmpt yang aku tuju hanyalah umah maklong aku...huhu...dlm pkl 11.30am aku pergi ke umah mak long aku...kat sana yg ada sepupu aku ngn anak buah sepupu aku...aku ada pic nak share ngn anda semua...



Cuba tgk pipi tu?? nampak x ape benda??


Hahahahahaha......

Pic kat atas ni merupakan anak buah sepupu aku, pipi dia kene sepak/penampar dgn Ibunya...ambek ko!! degil sgt !! ibu dia / kakak sepupu aku ni ntahlah askar, cop tapak tgn melekat kat pipi...ntahlah putih...aku siap tanya kat dia nak tambah sebelah lg ke?? huhu...

Aku duduk lepak kat sane smpai lah pkl 5pm...makan. tgk tv, baring2...balik...tu je lah...Esk plak aku nak bawak Debab aku tu pergi groming2(mandi)...coz hari ahad (29 nov) ni nak bawa dia g Cat Show lah katakan...mestilah kena wangi2...huhu

Ok lah...jap lagi aku nak standby layan cite NUR KASIH...last episod.....LAYAN !!!!


Read more...

Thursday, November 26, 2009

Khamis Yang Sunyi Di Opis Ku

Selamat pagi semua!!! hari ni merupakan hari khamis yg agak sunyi di opis aku kerana ramai staff dah cuti raya Haji...aku plak hari ni half day...huhu...sukenye.....:-)  tgh hr kang aku plan nak gi law yat...pas tu nak pegi ambek gmbr pasport...gmbr saiz parport aku yg byk2 tu x tahu mana ilangnye...tensionnye...

Apa2 pun esk umat Islam 1 dunia akan menyambut Hari Raya Aidiladha....

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA UNTUK SEMUA !!! 

Read more...

Wednesday, November 25, 2009

Best Story Every Afternoon

Jom layan cerita CINTA BALQIS & NUR KASIH

Dua-dua cerita ni aku layan mesti meleleh air mata ku ini....huhuuhuhuhu  : -(
Read more...

Rabu Yang Makin Suram

Selamat pagi semua.....aku kembali lagi..mlm td aku terasa tersgt lah malas nak on laptop aku..so aku x on lah..hehehe...pagi ni sampai jek kat opis mmg x sabar2 nk on laptop nak tgk ade ape2 perkembangan positif dr iklan aku...huhu nmpk nya  still the same....aku smpai opis pkl 8.25am...beli sarapan...naik opis x de org dtg lagi...so kene tnggu lah kat luar, setgh jam aku and mmbr praktikal duduk tnggu kat luar...aku kat luar tu dah kepanasan dh...huhu...hari ni staff Ka dah 2 org start cuti...aku plak cadang2 esk pun nak mintak cuti gak...huhu tapi tgk le dulu...hari ni aku nak buat seberapa banyak yang boleh untuk Report aku..

Report aku dah hampir 60% siap...huhu alhamdulillah....sebelum balik dari opis ptg td...kecoh kejap kat opis pasal sape yg cuti esk...AKU NAK CUTI GAK!!!! WUUAARRRGGGHHHHH........ x pelah...esk aku igt nak mintak half day lah...then aku nak g law yat nak pegi settlekan Hp aku yang byk plak ragam nye....nak kena update version lah...itulah...inilah...
Read more...

Aktiviti Malam Tadi

Aku mlm td btl2 x de mood nak on laptop...so aku baring2 jek layan cerita kat tv,tgk cerita cinta balqis,nur kasih, berita tv3, si capek....sambil2 melayan karenah si Debab aku...


Apa tgk2 ???


Kuasa Sinaran Mata !!!



:-p



Wuahawuahawuaha


Manalah awek aku x call2 ni... 






Read more...

Tuesday, November 24, 2009

Makan Besor!!!

Mari semua kita makan.....yumm yummm....hari ini merupakan hari makan di opis ku...hari ni opis aku ade wat mkn2 sikit sempena dgn besday 3 org staff Ka dan 1 seorang bkn staff Ka...pada bulan 11 ni...






Besday girl dan besday boy


Baju biru tu dirai sempena nak resign..(hehe) 




Sedap plak domino's ni...


Read more...

SEMINAR PERCUMA!!!

SAYA INGIN MENJEMPUT ANDA UNTUK MENGHADIRI SEMINAR PERNIAGAAN YANG AKAN DI ADAKAN DI WISMA GETAH, KUALAN LUMPUR PADA HARI RABU,25/11/2009

JIKA BERMINAT BOLEH LAH MEMBERIKAN MAKLUMAT SEPERTI NAMA PENUH,NO TEL DAN ALAMAT SEBELUM JAM 12 TGH MLM INI UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN.
MASUK PERCUMA!

TEMPAT DUDUK TERHAD!
Read more...

Second day of the week

Hari ni aku dtg ke opis dgn membawa 1 beg plastik yg mengandungi tudung utk dijual..hehe...sesiapa yg berminat boleh lah click MENU BAR di atas with the name JAHANS COLLECTION .
So lets check out...rutin aku hari ni x lain dan x bukan pg2 check email, buka facebook, buka tagged, mcm2 lah...hehe...pg ni aku x ambil breakfast..so...agak lapor gk skrg ni..hehe...tgh2 aku sibuk melayan internet, supervisor aku masuk bg th ade budak praktikal dr UITM perak nk masuk 15 disember ni...masa tu budak sama prktikal ngn aku now akan abis 14 Dis...aku plak 25 Dis...then lps aku pun akan ada jugak penggantinya dari Poli Kota Baru...Hidup Ka!! huhu...x putus2 Ka ni menerima kunjungan budak praktikal...to new trainer of Ka...WELCOME TO THE CLUB :-)

Read more...

Monday, November 23, 2009

Hari malas sedunia

Malasnya hari ini ku rasakan...utk memulakan kerja di opis...padahal x de kerja sgt pun...hahaha duk berinternet jek dr pg smpai ptg, smbung plak belah mlmnya...pg td aku dah terlambat smpai ke opis, walaupun smpai sblm pkl 9am lg, sebtlnya pkl 7am aku dah sedar bila alarm hp aku berbunyi, tapi tetiba aku sedar dah pkl 8am!!! waahhh...aku dah terlajak tidor....waargghhh!!! apa lagi...dengan sepantas kilat aku bersiap2....atas jalan aku merempit ah dgn motor aku tu....hahaha...8.40am aku smpai opis,itu pun aku dah rasa lambat...sbbnye aku slalu smpai opis before 8.30am...(pekerja contoh lah katakan...hahaha)...masuk opis br dua orang jek yg ada kat opis...huhuhu...kul 10.15am aku and my supervisor go to site meeting at Bandar Sri Permaisuri...(utk projek sek.men. agama KL,MAIWP) Bila nak siap ntah projek ni...huhu....


Bila nak settle kan sume ni...huhuhu 

 
Ni pun sama...


Hopefully this building can be use on the time

Masa dalam kereta on da way blk opis, my supervisor duk membebel kat aku melepaskan perasaan x puas hati dgn Arkitek masa dalam meeting td tu...ish! ish! ish! tu lah kalo manusia, perasaan x puas hati, bengang pasti ade kan...Sampai jek opis pkl 12.30pm, duduk dlm setgh jam, officemate ajak turun lunch, x sedar plak dh pkl 1pm...lunch time...mcm mne nk sedar, perut ku masih kenyang lg coz pg td aku dah mkn ns lemak...so turun kat tempat mkn biasa, aku just order rojak and neslo ais...tu pun terpaksa jgk abiskan rojak tu...sayang plak kalo x abis...(pembaziran tu amalan syaitan...hehe) sambil2 makan tu kitorg pun borak2 lah, pas tu bkk topik psl org2 mengandung plak....sbbnye salah sorang officemate aku br disahkan pregnant 4 weeks...senior staff aku plak pe lg story lah psl pengalaman dia...aku ngn mmbr sama2 prktikal tu yg blm kahwim ni dgr jelah story dua org wanita yg dah jd IBU tu dan yg bkl jd IBU...aku bila lah ye?? haha...lmbt lg kot...teman istimewa pun x de lg...:-) then dlm pkl 2 kitorg naik opisdan aku plak tetiba terasa rajin sedikit nak siap2kan aku punya buku Log and Report aku...kalo asyik tunda jek, bila nak siap...masa aku tgh syok2 buat aku punya report...tetiba senior staff aku k.nani tanya kat staff sorang lg esk sume ade kat opis ke?? aku pelik knp eh?? rupa2nya nak buat mkn2 sikit esk sempena dgn besday salah sorang staff Ka and salah sorang staff Ka nak resign...huhuhu...nak order Domino jerk...kita tggu esk ye..mkn besar lg...


Sesi memilih menu utk order esk...(sorry kabur sikit pic)


Pada sebelah mlm nya pulak aku x de story yg menarik utk di ceritakan...huhu yang ade cuma tentang Debab aku yg dilanda tahap kemalasan bila aku main bola ngn dia...dia boleh baring jek sambil tolak2 bola mainan dia tu...tension jek aku tgk..Lazy cat! hahaha

Read more...

Sunday, November 22, 2009

Ingin Berkongsi Video

Dato' Siti perform di Muzik-Muzik
Layan jek Dato' Siti nyanyi masa ni...
Read more...

Hari Minggu Yang Membosankan

Hari sabtu semalam sepatutnya aku dah plan nak mencatatkan aktiviti aku ke dalam Blog aku...tetapi...malangnya...pada sebelahnya malam nye...mata aku teramat sgtlah mengantuk...aleh2 aku tertido sampai x sedar laptop aku ditutup tanpa di SHUT DOWN dengan sebtlnya...huhuhu...

Sabtu 21/11/2009

Hari ini aku dgn abang aku berkira2 nak hantar kucing kitorg si DEBAB tu pergi ke kedai kucing utk di beri SUNTIKAN VAKSIN....ermm ini semua aku dan abang aku buat adalah semata-mata nak masuk CAT SHOW MALAYSIA kat MIDVALLEY EXCITION CENTER pada 29 November 2009...kalau tak...tak denye g hantar Cucuk2 benda tu sampai rm45 sekali Cucuk...x pe2...hari ni abg aku yg hantar and dia yg bayar...huhu...turn aku plak sabtu depan g hantar si DEBAB tu mandi...
Pkl 11am aku dgn anak buah aku si Aiman kuar ke umah mak long aku di Taman Melati..situ lah tempat yg slalu aku kunjungi pd setiap hujung minggu...sebabnye...kat situ medan pertemuan ngn sepupu2 aku ngn anak2 buah sepupu aku...aku ni mmg suka dgn budak...so...situ lah tmpt aku tuju..hehe...tp..hari ni x de sape2...huhu yg ada mak long dan kakak sepupu aku...budak2 sume x dtg...dalam pkl 1.30pm aku pun gerak g kedai pet shop g ambek DEBAB aku...masa tu hujan dh rintik2...(aku naik moto plak tu) aku redah jek..hehe bknnye lebat pun..sampai2 jek pet shop seperti biasa budak jage tu pun dah tau and kenal aku...dia tanya "nak ambek kucing?" hehe... doktor kat situ ckp baik plak kucing ni...yelah..tuan dia dah dtg...masa nak balik hujan lbt plak...nasib bek x lama...x smpai 10 minit aku gerak blk ke umah mak long aku...aku duk lepak kat situ smpai lah pkl 6.30pm...sblm aku blk ke rumah aku...


DEBAB ku tgh tension duduk dalam sangkar..hahaha 

Sampai jek umah aku pun mengeluarkan baju2 yang perlu, nak, terpaksa digosok....walaupun malas giler..sape lg nak gosok...baju sendiri, sendiri gosok lah kan...lain lah ada bibik...baru blh relaxxx....huhu....kan..? kan...?   


Antara baju2 yang aku nak kene gosok



 Sebahagian yang dah di gosok

Masa aku tgh2 mengosok...anak buah aku si Aiman mengadu lapor plak...aku igt2 dia kenyang dh mkn mcam2 dah kat umah mak long aku siang tadi...ermm aku kenyang lagi...tp takut lapor plak mlm jap2 g...hehe..


 Budak yang tgh kelaparan...hehehe

Masa aku tgh duk habis kan gosokan baju aku yg terakhir....x semena2 tgn si Aiman ni terkena Iron kat tang siku nye...huhu ntahlah lapar...kena Iron plak...haha sian2...
Masa aku kat kedai makan nak tapau makanan, kakak aku call tnye kat mane...aku ckplah kat kdai mkn tapau mknn, dia suh tapaukan mee goreng utk a.ipar aku..diorang otw dtg umah aku...huhu...aku pun tapau nasi goreng cina, mee goreng, ngn burger ayam special (aku punye..hehe)...sampai jek kat umah...aku sambung blk settlekan perihal bj aku...td gosok bj...ni plak lipat baju...habis tu aku kemas bilik aku yg x habis aku kemas kelmarin...kemas punya kemas smpai lah pkl 10.30pm...mak aku pun br blk...kakk, a.ipar and aiman plak blk umah dorang plak... lepas tu aku tgk lah cite Radio Gaga kat tv1...cite psl kucing blh berckp...kan best kalo kucing aku si Debab aku tu blh berckp cam tu...x de lah aku bosan kalo duk umah sorang2...haha...kul 11pm aku masuk bilik, konon2 nak edit blog lah...aleh2 mcm aku ckp td....ZZzZzZzzZZzZzZzZzZzZz 

Ahad 22/11/2009

Hari ahad....hari ni aku hanya duduk di rumah dari pagi sampai malam....nak kuar malas + hujan...so duduk lepak kt umah je lah jwapnye...pg aku kuar g kedai mak aku suh beli kepala...ptg lak aku kuar g beli makanan utk dinner aku...huhu...dari pg aku duk on9 depan laptop aku....sakit tengkuk2 aku ni...hehe..


 Syoknyee Debab aku ni tido dihujung minggu


Sibuk je bila abg aku gosok baju 

Masa aku berlalu hari ini begitu sahaja...ermm hari sudah gelap...standy and ready going to office tomorrow...ZzZzZzZzzZzzZzzZzzzzZZZZ.....
Read more...

Saturday, November 21, 2009

Separuh Akhir Muzik-Muzik

Malam ni sebenarnya aku plan nak cari barang2 lama yg aku dah x pakai nak snap foto utk dijual kat dalam MUDAH.COM, daripada x pakai, lebih baik aku jualkan dgn harga yg mampu dimiliki...tambah2 baju...banyak sgt baju yg ade dalam almari aku, tapi pakainya??? TAK....sbbnye....tak muat...aku ni ntahlah x minat pakai baju yg dah ketat2 ni...rasa mcm x bernafas badan2 aku ni...lagi pun baju aku tu semua br aku pakai sekali dua, rajin membeli (ikut tabiat mak aku), pakainya....tak....tgh mencari tu tetiba aku teringt kat handbag putih ROXY aku, aku x th mane aku letak, kol kakak aku tnya kot2 ade aku bawak ke sana ke...x de jugak, call kakak sepupu aku kot ade kat umah dia gak ke...x de jugak...aduhhh...mane lah beg tu menyorok....hermm aku pun wat2 x tahu dulu lah...aku pun ngadap dpn TV tgk cerita NUR KASIH kat TV3 aku mmg dah sedia maklum dengan ada nya Separuh Akhir Muzik-Muzik yang ke 3...aku bkn nye nak tgk sgt pun...tujuan aku hanyalah utk menunggu penyanyi kesukaanku yg menjadi artis jemputan...Dato' Siti....x fokus pun tgk artis yg masuk tu perform, sambil2 tgk tu,Roomate masa Sem 1 call plak, cam tahu2 jek yg siang td mmg aku de teringat nak call dia nak tnya bila tarikh masuk semester depan/tahun depan,dekat 40 minit jugak lah kitorg berborak, kenangan lama timbul kembali..huhu...berbalik psl AJL tahun ni,tension gak Siti x dpt masuk JL tahun ni...rindu giler nak tgk Siti perform kat AJL...x pe2...kasi chance kat artis2 muda...huhu..nak sedapkan ati sendiri jek...hehehe....
Keputusannya dah pun diketahui...14 lagu telah terpilih...dan seperti yg aku dan org ramai jangkakan...lagu2 drpd penyanyi yg dpt masuk antaranya...Aizat,Faizal Tahir (dpt gak walaupun antar Shila wakil nyanyi mlm ni),Bunkface,Estranged,dan yg lain-lain lagi...tgh2 aku menaip catatan ku ni, tetiba perutku terasa lapar, baru ku teringat yg aku x mkn pun mlm ni...pkl 12 am....patut lah lapar...huhuhu....ermm ok lah...aku berhenti setakat ni jek dulu...aku nak g intai di dapur apa yg boleh ku isikan dalam perut ku ini...bye....salam....
Read more...

Friday, November 20, 2009

Antara Kenangan Di Tempat Praktikal Ku....

Aku telah pun hampir menamatkan Praktikal ku di sebuah Syarikat Konsultan Ukur Bahan (Ka Associates) di Cheras,sepanjang aku menjalankan Praktikal aku di sini bermula dari 27/6/2009 - 25/12/2009 (belum habis lagi..hehe)...bermacam-macam kenangan yg aku ada sehingga ke hari ini...First things aku nak ucapkan terima kasih kpd Kak nani (abg ipar aku punya kawan punye isteri...hehe) yang telah 'mempromosikan' aku di KA ni...second kpd Boss KA En. Khairil Annuar...( kehadirannya ke dlm office amatlah tidaklah aku alu2kan...cuak dgn dia ni...huhuhuhu....) thanks jugak utk Supervisor aku plak...Abg Jali...(kalau mintak cuti x pnh nye x dpt...jawapannya sentiasa 'Ok'...hahaha...tu yg best tu...u are very the sporting...To kak emy plak...my second Supervisor,first things i want to say...u are so cute...hehehe...lastly to all staff Ka...K.Nurul (Amoi), A.Hafiz, Erin, Ain, Mahmud (Kembar Zizan raja lawak..haha), tak lupa juga buat office cleaner iaitu Nardi (indon mali...muka macam aril peterpan tu...haha) yg telah berjasa membersihkan office KA...

Antara kenangan yang aku igt dan x kan lupakan sepanjang lebih kurang 5 bulan aku di KA ni ialah....

1.Dapat elaun yg aku x sangka jumlahnya...(aku rasa aku yg dpt elaun yg paling byk antara budak2 kelas aku...hahaha poyo jek....)
2.Hari raya dapat duit raya tu...duit raya paling byk pernah aku dpt dalam satu2 masa....nak th brape?? adelah sikit...dalam RM600 jek...hahaha sebelum raya dah habis kan duit tu...(aku punye sikap yg x boleh nk diperbaiki sampai skrg ialah...BOROS,SUSAH NAK MENYIMPAN DUIT) sape2 ade tips??? hehe
3.Dapat makan coklat bermacam2 jenis...Boss beli kat langkawi...hari2 makan...selagi x habis...huhu
4.Buat jamuan hari raya...masing2 ditugaskan bawa makanan yang di beritahu...aku kene bawak sambal sotong...aku ape lagi...beli sotong ngan cili kering dan hantar terus ke rumah makcik aku...mintak tolong dia msakkan...kang kalo aku mask takut x tidor mlm plak sape2 yg mkn...sebab terlampau sedap...hahahahaha


JAMUAN HARI RAYA DI KA ASSOCIATES....

 
                       Selamat Hari Raya


Pose jangan tak pose

 
Minah Posing...haha

Staff Ka yang paling Junior...hehehe (Azalia) 


My Supervisor...memang the super...huhuhu



Macam-macam ada....yumm....yummm....















Cakap pasal praktikal...best mmg lah best...coz x de test, x de final exam, tapi yg aku tension kan pasal report aku yg x siap2 lagi ni...nak pinjam ngn senior x dpt...hermm kedekut! taik idung masin! huahuahua....
Selain dari report yg kena aku siapkan...ni dia buku LOG yg aku kene tulis hari2...smpai x de benda aku nk tulis dah...sampai terpaksa bohong2 sikit...(hehehe bohong sunat...)



 My Blog Book





Read more...

.....INTRODUCTION OF MY BLOG.....

Salam kepada semua BLOGGER...aku disini  hadir bagi memeriahkan lagi dunia BLOG di dunia pada masa kini...sebelum memulakan BLOG aku yang sebenar pada tanggal 1 JAN 2010...akan aku mulakan BLOG aku dengan episod PERKENALAN....aku telah dilahirkan ke dunia ini sebagai kaum hawa...aku dilahirkan di KL,dibesarkan di KL...walaupun bagaimanapun aku tetap mempunyai kampung halaman untuk pulang berhari raya pada tiap musim perayaan (padahal dah dkt 2 thn x blk2...hehehe)....Tujuan aku mewujudkan BLOG ini aku sendiri pun x pasti...apa2 pun mungkin juga aku teingin untuk berkongsi cerita dgn BLOGGER2 yang lain...Apa2 to all BLOGGER...WELCOME TO MY BLOG.....
Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...