Wednesday, May 11, 2011

Dato Siti Nurhaliza Berkongsi Minat Yang Sama Dengan Suami DK



SECARA eksklusif untuk wajah baru B*POP, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza akhirnya bersedia berkongsi rahsia apakah hobi sebenar dirinya ketika memenuhi tuntutan masa santai. Untuk sesi fotografi ini, Siti Nurhaliza buat pertama kali tampil ranggi sambil menunggang motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson! 

Siti, 32, rupa-rupanya berkongsi minat dengan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang juga seorang ahli perniagaan kerana bagi mereka menunggang motosikal bukan bermaksud nak ‘merempit’ sebaliknya bersantai sambil menikmati keindahan alam semula jadi dan suasana persekitaran.
Katanya lagi, dia sudah lama ‘mengidam’ untuk menunggang motosikal berkuasa tinggi, namun baru kini hajat itu hampir menjadi kenyataan apabila bakal memperoleh lesen B, melayakkan beliau menunggang Harley Davidson berkuasa kuda 500CC dan ke atas. Lazimnya, Siti bersama suami memilih waktu hujung minggu untuk mereka bersantai sambil menunggang motosikal kesayangan masing-masing.
Ketika sesi fotografi bersama B*POP, selain menunggang Harley Davidson model Fat Boy LO dan Forty -Eight, Siti memberanikan dirinya menunjukkan kemampuannya menunggang Tri Glide Ultra Classic yang beroda tiga berharga lebih RM320,000! Sekalipun baru kali pertama menunggang ‘motosikal gergasi’ itu, lagak Siti persis profesional. 

Namun, jangan tidak tahu, Khalid atau lebih popular Datuk K, sentiasa mengekorinya dari belakang, memantau pergerakan isterinya. 

Sambil mengimbau kenangan zaman kanak-kanak Siti, penyanyi nombot satu negara itu berkongsi pengalamannya dengan menceritakan dia pernah jatuh motosikal gara-gara mencuri peluang menunggang motosikal kawan arwah bapanya, Tarudin. 

“Apa yang diceritakan kepada Siti, dulu arwah abah ada kereta, tapi sebaik Siti dilahirkan, dia jual kereta untuk beli motosikal. Sampai sekarang motosikal berkenaan masih ada dan seusia dengan Siti. Ketika alam persekolahan dulu, Siti berulang alik ke sekolah membonceng motosikal dengan arwah abah. Masuk sekolah menengah, Siti curi-curi tunggang motosikal kawan arwah abah. 
“Entah macam mana, apabila tiba di selekoh, Siti terpulas minyak lebih, terus jatuh sampai lebam peha. Memori indah itu sampai sekarang Siti masih ingat,” cerita Siti sambil tersenyum dan ada kalanya ketawa. 

Siti turut membuka rahsia Datuk K yang ketika zaman remajanya apabila suaminya yang minat menunggang superbike beberapa kali terbabit dengan kemalangan jalan raya sehingga ibunya pernah merantai superbike itu sebagai tanda melarang dia menunggang motosikal lagi! 

Kini, apabila sudah berjaya menempa kejayaan cemerlang sebagai anak seni, Siti berkemampuan menunggang Harley Davidson pula, juga atas dorongan suaminya. Tambahnya lagi, apabila seseorang itu mempunyai hobi menunggang motosikal berkuasa tinggi, bukan bermakna hendak menunjuk-nunjuk, tapi sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan atau hobi mengasyikkan. 

“Bagi Siti, bukan saja terasa santai menunggang Harley Davidson, tapi kadang-kadang apabila berdepan tekanan, menunggang motosikal mampu meredakan tekanan itu. Begitu juga suami, selain Harley Davidson, dia juga memandu Ferrari apabila fikirannya dibebani tekanan. Justeru, hobi Siti yang baru ini adalah satu terapi merawat minda agar sentiasa sihat dan cergas,” kata Siti yang tetap jelita bergaya ranggi. 

Ditanya, apakah keseronokan dapat dirasai apabila menunggang Harley Davidson, Siti menjelaskan bunyi ekzosnya yang kuat bagi segelintir orang adalah sesuatu yang bingit, tapi bagi dirinya bunyi itu sebenarnya memberi kedamaian.

“Namun, itu bukan keseronokan secara total, sebaliknya apabila kita mampu menunggang atau mengendalikan motosikal berkuasa tinggi seperti Harley Davidson, ia sebenarnya memberi kepuasan kepada si penunggang. Pun begitu, ciri-ciri keselamatan seperti pengendalian yang betul perlu diberi keutamaan, jangan ambil mudah. Kita juga perlu benar-benar bersedia daripada segi fizikal dan mental, jangan sesekali mencabar diri sendiri jika belum bersedia,” katanya berkongsi tip keselamatan. 

Kini, apabila Siti sudah mampu menunggang Harley Davidson, adakah dia selesa apabila diberi gelaran Minah Rempit? Menjawab pertanyaan itu, Siti menjelaskan menunggang Harley Davidson lazimnya disulami aktiviti sihat seperti konvoi beramai-ramai sambil melakukan kerja amal, sebaliknya merempit sering dilabel dengan gejala negatif. 

“Siti ingin cadangkan kepada remaja yang suka merempit supaya membabitkan diri dengan aktiviti amal dengan bermotosikal, justeru lama-kelamaan istilah merempit itu akan bertukar ke arah lebih positif,” jelasnya lagi. 


Sumber : CARI forumUmum mengetahui, Siti kini dalam proses melengkapkan rumah tangganya dengan mempunyai zuriat sendiri, namun apabila membabitkan diri dengan aktiviti lasak seperti menunggang motosikal berkuasa tinggi, tidakkah tindakan itu akan membantutkan usaha berkenaan? 

“Bagi Siti, hobi baru ini tidak mempengaruhi perihal menambah bilangan keluarga. Jika Tuhan izinkan, Insya-Allah dengan usaha yang berterusan, Siti akan mengandung. Nanti, bila dapat tahu diri mengandung, Siti tak bawa Harley Davidson lagi, selagi masih ‘kosong’ ni apa salahnya...,” katanya tersenyum malu.
Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...