Thursday, June 30, 2011

KCT 1 di Mini Cooper rupanya...

Pada 29 Jun 2011 lebih kurang pukul 7pm...aku telah bertembung dengan sebuah Mini Cooper berwarna Merah Hitam dekat kawasan Taman Bunga Raya, mata aku terus tertumpu No Pendaftaran kereta tersebut...know what i see...KCT 1! Surprise me ! sebab sebelum ni yang aku tahu & dengar cerita KCT 1 tu diletakkan pada Motor Harley Davidson yang DK beli...tengok pada post dalam blog aku ni pun ada about that story...hehe...mula-mula aku ingat nak 'blah' je...tapi tak boleh deee...aku pun pusing balik and follow lah jugak that car..hehe...tengok2 kereta tu berhenti dekat depan Gerai Mali's Char Kueh Teow...aku pula berhentilah dekat celah2 antara kereta dekat situ...nak tengok siapa yang keluar dari kereta tu...jeng..jeng...jeng...i se hensem boy ADIB...keluar dari that car...hehe berbaju merah same colour with the car...hensemm nye si ADIB ni...(sempat lagi tu) hahaha...ohh...nak beli Char Kueh Teow rupanya...haisshhh!! tapi rugi lah kan aku tak dapat nak buktikan dekat korang semua dengan mengambil gambar kereta tu bersama dengan No Pendaftaran KCT 1 tu...huhu sebabnya masa tu hp camera ku aku tak ada dekat tangan aku..so aku hanya dapat memerhatikan je lah..hehe so aku pun gerak lah dari situ & sempat lagi aku 'ushar' siapa yang dalam kereta tu..DK rupanya ada dekat dalam tu...huhuhu.. itu lah storynya setakat ni...:-)
Read more...

Friday, June 03, 2011

Program Raya Dato Siti Nurhaliza Bersama Idola Kecil 3 Di Tv9

Salam semua...dah beberapa minggu aku tak update blog aku ni...hari ni tetiba terasa rajin sikit nak kongsi something about Dato Siti Nurhaliza...Kali ni cerita pasal program raya untuk 2011...Semalam aku dan Sitizoners yang lain berkesempatan untuk pergi menyaksikan rakaman Program Raya tersebut di Plaza Alam Sentral Shah Alam...Itu pengalaman pertama aku menyertai program2 rakaman DCT macam tu...so far very happenings and enjoy...So aku nak share kat korang semua antara gambar2 pada malam tersebut...










Jangan lupa saksikan pada hari raya nanti...tapi hari raya ke berapa belum tahu lagi...hehehe...

Read more...

Wednesday, May 11, 2011

Dato Siti Nurhaliza Berkongsi Minat Yang Sama Dengan Suami DK



SECARA eksklusif untuk wajah baru B*POP, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza akhirnya bersedia berkongsi rahsia apakah hobi sebenar dirinya ketika memenuhi tuntutan masa santai. Untuk sesi fotografi ini, Siti Nurhaliza buat pertama kali tampil ranggi sambil menunggang motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson! 

Siti, 32, rupa-rupanya berkongsi minat dengan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang juga seorang ahli perniagaan kerana bagi mereka menunggang motosikal bukan bermaksud nak ‘merempit’ sebaliknya bersantai sambil menikmati keindahan alam semula jadi dan suasana persekitaran.
Katanya lagi, dia sudah lama ‘mengidam’ untuk menunggang motosikal berkuasa tinggi, namun baru kini hajat itu hampir menjadi kenyataan apabila bakal memperoleh lesen B, melayakkan beliau menunggang Harley Davidson berkuasa kuda 500CC dan ke atas. Lazimnya, Siti bersama suami memilih waktu hujung minggu untuk mereka bersantai sambil menunggang motosikal kesayangan masing-masing.
Ketika sesi fotografi bersama B*POP, selain menunggang Harley Davidson model Fat Boy LO dan Forty -Eight, Siti memberanikan dirinya menunjukkan kemampuannya menunggang Tri Glide Ultra Classic yang beroda tiga berharga lebih RM320,000! Sekalipun baru kali pertama menunggang ‘motosikal gergasi’ itu, lagak Siti persis profesional. 

Namun, jangan tidak tahu, Khalid atau lebih popular Datuk K, sentiasa mengekorinya dari belakang, memantau pergerakan isterinya. 

Sambil mengimbau kenangan zaman kanak-kanak Siti, penyanyi nombot satu negara itu berkongsi pengalamannya dengan menceritakan dia pernah jatuh motosikal gara-gara mencuri peluang menunggang motosikal kawan arwah bapanya, Tarudin. 

“Apa yang diceritakan kepada Siti, dulu arwah abah ada kereta, tapi sebaik Siti dilahirkan, dia jual kereta untuk beli motosikal. Sampai sekarang motosikal berkenaan masih ada dan seusia dengan Siti. Ketika alam persekolahan dulu, Siti berulang alik ke sekolah membonceng motosikal dengan arwah abah. Masuk sekolah menengah, Siti curi-curi tunggang motosikal kawan arwah abah. 
“Entah macam mana, apabila tiba di selekoh, Siti terpulas minyak lebih, terus jatuh sampai lebam peha. Memori indah itu sampai sekarang Siti masih ingat,” cerita Siti sambil tersenyum dan ada kalanya ketawa. 

Siti turut membuka rahsia Datuk K yang ketika zaman remajanya apabila suaminya yang minat menunggang superbike beberapa kali terbabit dengan kemalangan jalan raya sehingga ibunya pernah merantai superbike itu sebagai tanda melarang dia menunggang motosikal lagi! 

Kini, apabila sudah berjaya menempa kejayaan cemerlang sebagai anak seni, Siti berkemampuan menunggang Harley Davidson pula, juga atas dorongan suaminya. Tambahnya lagi, apabila seseorang itu mempunyai hobi menunggang motosikal berkuasa tinggi, bukan bermakna hendak menunjuk-nunjuk, tapi sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan atau hobi mengasyikkan. 

“Bagi Siti, bukan saja terasa santai menunggang Harley Davidson, tapi kadang-kadang apabila berdepan tekanan, menunggang motosikal mampu meredakan tekanan itu. Begitu juga suami, selain Harley Davidson, dia juga memandu Ferrari apabila fikirannya dibebani tekanan. Justeru, hobi Siti yang baru ini adalah satu terapi merawat minda agar sentiasa sihat dan cergas,” kata Siti yang tetap jelita bergaya ranggi. 

Ditanya, apakah keseronokan dapat dirasai apabila menunggang Harley Davidson, Siti menjelaskan bunyi ekzosnya yang kuat bagi segelintir orang adalah sesuatu yang bingit, tapi bagi dirinya bunyi itu sebenarnya memberi kedamaian.

“Namun, itu bukan keseronokan secara total, sebaliknya apabila kita mampu menunggang atau mengendalikan motosikal berkuasa tinggi seperti Harley Davidson, ia sebenarnya memberi kepuasan kepada si penunggang. Pun begitu, ciri-ciri keselamatan seperti pengendalian yang betul perlu diberi keutamaan, jangan ambil mudah. Kita juga perlu benar-benar bersedia daripada segi fizikal dan mental, jangan sesekali mencabar diri sendiri jika belum bersedia,” katanya berkongsi tip keselamatan. 

Kini, apabila Siti sudah mampu menunggang Harley Davidson, adakah dia selesa apabila diberi gelaran Minah Rempit? Menjawab pertanyaan itu, Siti menjelaskan menunggang Harley Davidson lazimnya disulami aktiviti sihat seperti konvoi beramai-ramai sambil melakukan kerja amal, sebaliknya merempit sering dilabel dengan gejala negatif. 

“Siti ingin cadangkan kepada remaja yang suka merempit supaya membabitkan diri dengan aktiviti amal dengan bermotosikal, justeru lama-kelamaan istilah merempit itu akan bertukar ke arah lebih positif,” jelasnya lagi. 


Sumber : CARI forumUmum mengetahui, Siti kini dalam proses melengkapkan rumah tangganya dengan mempunyai zuriat sendiri, namun apabila membabitkan diri dengan aktiviti lasak seperti menunggang motosikal berkuasa tinggi, tidakkah tindakan itu akan membantutkan usaha berkenaan? 

“Bagi Siti, hobi baru ini tidak mempengaruhi perihal menambah bilangan keluarga. Jika Tuhan izinkan, Insya-Allah dengan usaha yang berterusan, Siti akan mengandung. Nanti, bila dapat tahu diri mengandung, Siti tak bawa Harley Davidson lagi, selagi masih ‘kosong’ ni apa salahnya...,” katanya tersenyum malu.
Read more...

Wednesday, April 20, 2011

Dato Siti Nurhaliza dan Harley Davidson

Salam semua,
Posting aku kali ni just nak share about Dato Siti Nurhaliza yang sedang hangat dengan hobi barunya iaitu Menunggang Motosikal Berkuasa Tinggi iaitu Harley Davidson yang dengar kabarnya telah pun dibeli DCT baru2 di NAZA MOTOR, tapi aku terfikir adakah DCT aku ni dah memiliki lesen B Full ke untuk menunggangnya...hehehe tapi tak kisah lah semua tu kan...apa2 berkenaan DCT semua akan jadi OK je....hehehe





Mungkin ada yang tertanya2 kat Kereta Mewah mana lah pula DCT nak letak kan No Pendaftaran KCT 1 yang dibida DK dengan harga sekitar RM66,+++...???

KCT 1 = Harley Davidson
Rupa-rupanya bukan di Kereta Mewah, tetapi di Motor Mewah Harley Davidson rupa2 nya...:-) Bercakap pasal Motor yang berkuasa tinggi ni, aku selaku seorang Ladies memang very2 admire dengan wanita2 terutama artis2 Malaysia yang menunggang motor berkuasa tinggi seperti Linda Onn, Dira Abu Zahar, Maznah Hamid dan yang terbaru Idola Kesayanganku DCT ku  hendak berjinak2 dalam Motor Berkuasa Tinggi ni. Apa2 pun aku berharap dapat memiliki sebuah Motor Berkuasa Tinggi dalam masa terdekat ni... Apa yang aku inginkan dalam masa terdekat ni ialah Naked Bike Kawasaki ER6N...Walaupun tak semahal Harley Davidson DCT hehehe, tapi itu sudah memadai buat aku melunaskan impian aku untuk memiliki Kawasaki ER6N itu suatu hari ni, mana tahu boleh nanti join DCT ronda2...hehe

Kawasaki ER6N Idamanku

Read more...

Saturday, April 09, 2011

Simply Siti Tour Yang Terakhir - Alamanda

Salam,

Kali ni aku sekali lagi nak share dengan korang picture aku with Dato Siti Nurhaliza (Dct) dekat Alamanda bagi Program Simply Siti Tour yang terakhir...yang diadakan pada hari Jumaat pula tu...apa lagi, aku ambil cuti lah...hahaha aku pergi dengan sorang lagi kakak ni yang kebetulan duduk dekat ngan rumah aku, so kitorang g lah same2, rupa2nya ramai gak ek Sitizoners yang lain apply cuti untuk datang ke Alamanda hari tu, Dct punya pasal...apa2 pun boleh...=)

Aku mmg target nak pergi hari tu untuk dapat kan tiket malam gala SimplySiti yang still belum confirm lagi tarikh, masa & tempatnya...kena tunggu Pihak SimplySiti Call, hari tu aku beli barang SimplySiti RM168.40 & aku dapat 1 T-shirt SimplySiti & Kupon(pengganti sementara) untuk tiket malam gala SimplySiti tu...

Produk SimplySiti & T-Shirt

Kupon malam gala SimplySiti
Pada hari tu lama gak lah Dct ada dekat Alamanda tu, dari 12pm - 2pm..selalu 1 jam je =) So ini lah picture yang sempat aku rakam kan...






Dct bersama2 dengan peserta 'Tiru Gaya Siti'



Me with Dct

Sweet Memory

Dct sign dekat belakang T-shirt SimplySiti (Geliii dee) hehehe

With Kak Rozie yang always sporting

Dct best! buka kan cermin tingkap untuk say goodbye kat kitorang...Love DCT!!!

With Kak Aweem, Sitizoners yang lain tak bersempatan nak bergambar


Next kita jumpa lagi, maybe untuk Konsert Malam Gala Simply Siti....
Read more...

Dato Siti Nurhaliza dan Album English

Salam semua pembaca Blog ku...=)

Post kali ini aku just share korang sume tentang Dato Siti Nurhaliza again...hehehe...Al-maklumlah...tu jer yang dirasakan menarik untuk distory & dishare kan with you all semua...=)

First, latest news berkenaan Dct ialah Album Englishnya yang dijangka akan dikeluarkan pada bulan Mei 2011, tak sampai sebulan jer lagi dari tarikh posting ni dikeluarkan, Hurmmm...seperti biasa aku memang tak sabar2 nak beli...tambah2 pula masa 2 April (Sabtu)  Dct muncul dalam Carta Hotfm 30 sebagai tetamu nya, dari pukul 8am - 12 pm...rasakan begitu pantas berlalu, tak puas mendengar corat-coret berkaitan Dct pada masa 4 jam tu, hehehe =) sebelum habisnya program tersebut, Dct telah memperdengarkan sedikit sudutan salah satu lagu yang bakal dimuatkan dalam Album Englishnya itu yang bertajuk 'Nobody Else' yang sudah diupload dalam Youtube bagi peminat2 Dct dengar puas2 sebelum Album yang sebenarnya keluar, aku plak memang sempatlah rekod dalam 3 jam terakhir Dct kat Hotfm 30 tu, hehehehe...lepas tu dengar lah lagu 'Nobody Else' tu sampai lebam...hahaha...Kat bawah ni merupakan rakaman yang sempat aku record untuk lagu 'Nobody Else' tu, selamat mendengar ye...enjoy...

NOBODY ELSE

Ce komen ye pendapat korang tentang lagu ni...




Read more...

Monday, March 28, 2011

2011 @ Betul Ke Dato Siti Nurhaliza Mengandung???

Salam semua pembaca2 setia blog aku yang tak seberapa ni...post kali ni aku just nak share dengan korang sume satu story @ gosip (yang ni baeekkk punya) huhu...yang timbul selepas Dato Siti Nurhaliza (DCT) membuat persembahan pada malam GTP di Stadium Bukit Jalil pada 27/3/2011 yang turut bersiaran langsung dari RTM 1...Aku yang tak dapat join tengok DCT secara live di Bukit Jalil hanya menontonnya di RTM 1 je...tunggu punya tunggu, DCT last sekali yang perform...I LIKE DCT pada malam tu...tetiba mata aku terpandang pada Perut DCT yang kelihatan seperti mengandung, dalam hati aku terdetik, kalau bukan mengandung, takkan lah boleh sampai kelihatan macam tu sekali, walhal DCT kesayangan ramai ini telah cuba men'DIET' kan dirinya semampu yang boleh, apabila aku perhatikan semua picture DCT pada malam tu, memang nampak ketara sekali perubahan pada Perut DCT tersebut...Apa-apa pun kami sebagai Peminat DCT sentiasa mendoakan apa yang diperkatakan ini menjadi kenyataan...AMIN...Cuba korang perhatikan picture2 dibawah ni & berikan komen2 korang...







Ihsan daripada : runwitme

Read more...

Saturday, March 19, 2011

Promosi terhebat! Dapatkan ganjaran percuma setiap kali anda isi semula dengan pelan-pelan DiGi Prepaid! Terima kasih, #DiGiSuperReload!

Promosi terhebat! Dapatkan ganjaran percuma setiap kali anda isi semula dengan pelan-pelan DiGi Prepaid! Terima kasih, #DiGiSuperReload!
Read more...

Aku & Idolaku...

Salam pembaca2 semua..untuk posting kali ini, aku nak share dengan korang sume kisah aku & idolaku...siapakah dia?? mesti dah tahu kan..hehe...of course Dato Siti Nurhaliza ! (DCT) cuma baru2 ni aku dah agak aktif Follow dia...sejak2 dia buat roadshow untuk produk SimplySiti (SS) ni..apa lagi aku pun ambil peluang lah nak jumpa DCT dimana yang tercapai kaki aku ni untuk pergi...heee macam biasa, beli produk SS pada harga tertentu, can get take picture with Her! I LIKE!...antara2 tempat yang aku sempat pergi to meet DCT, ialah first di (SOGO, KL), (TESCO, AMPANG) & (JUSCO, TAMAN MALURI, CHERAS)...Walaupun tak seaktif Sitizoners2 yang lain..tapi aku tetap happy dapat meet dengan dorang masa RoadShow tu...hopefully aku dapat join Sitizoners Gathering next time..& jumpe dengan Sitizoners yang lain...seronok sangat dapat berborak dengan orang sama minat dengan kita ni...heee..Ok lah..I will share with you all the picture that i already take with DCT & Sitizoners friend...

VANUE : SOGO, KL
DATE : 1 FEB 2011







With new Sitizoner friend..Kak Shima

Hp & 2 Way Cake bagi DCT sign...:-)
 
VANUE : TESCO, AMPANG

DATE : 11 FEB 2011





Kakak dekat opis praktikal aku dulu pun ade gak..haha




I'm the face of  SIMPLYSITI !

With Kak Rozie...


VANUE : JUSCO, TAMAN MALURI, CHERAS
 DATE : 17 FEB 2011

Me with Buku 'SuaraKu Untukmu Dato Siti Nurhaliza'

Fadz with Buku 'SuaraKu Untukmu Dato Siti Nurhaliza'

Sxony with Buku 'SuaraKu Untukmu Dato Siti Nurhaliza'

Sitizoner friend - NadiaHassan

Kak Anura with Buku 'SuaraKu Untukmu Dato Siti Nurhaliza'

Nizam with Buku 'SuaraKu Untukmu Dato Siti Nurhaliza'




Fadz menjadi wakil bagi menyerahkan Buku 'SuaraKu Untukmu Dato Siti Nurhaliza' kepada Dato Siti Nurhaliza









Credit to Fadz & semua yang terlibat dalam foto2 ni..t.q..


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...