Thursday, December 10, 2009

Maybank2u – jangan suka-suka klik !!!

Disini aku ada satu artikel / pengalaman yang aku baca dari pengalaman di pishing oleh blogger Ummu Wahidah dikongsi bersama sebagai iktibar kepada semua pengguna banking online.



 
Malang tak berbau. Kerana tidak berhati2 dan cuai, saya yang biasanya tidak bertindakbalas terhadap fraud email akhirnya terpedaya. Saya sebenarnya tahu bahawa pihak maybank tidak akan menggunakan email sebagai media komunikasinya tetapi bagaimana saya boleh terpedaya, hanya Allah yg tahu. Mudah2an ada hikmahnya semua ini terjadi.
Kisahnya pada 18 nov 2009 ,saya terima satu email drpd “Maybank” dengan tajuk “account problem’. Saya tak hiraukan. Oleh kerana saya sudah menggunakan Maybank2u sejak ianya mula beroperasi lagi, tak pernah ada masalah pun. Lagi pun saya tak ada transaksi yg perlu dibuat minggu ini.Saya tak ambil kesah email ini.

Pada 19 nov 2009 dapat lagi satu email yg sama ditambah ‘warning’ pada tajuknya. Kebetulan ada pihak yg nak masukkan RM2500 tunai. Saya pun risau jika tidak ambil tindakan, mungkin saya tak boleh akses akaun saya. Lalu klik pada URL yg diberi dalam email tersebut. Terus saya dipandu ke satu skrin yg sama seperti Maybank yg biasa saya guna. Saya di’arah’ memasukkan id dan password untuk reactivate account.Selepas itu saya diarahkan oleh ’sistem’ untuk tidak mengakses akaun melalui internet sehingga jam 5 ptg.Kerana terlalu percayakan maybank saya lupa untuk menalipon mereka terlebih dahulu. Alangkah cuainya saya. Ini satu pengajaran buat saya dan kepada pembaca posting ini.
Tak lama selepas itu saya terima SMS dari maybank menunjukkan ada pindahan wang RM2500 dan RM800. Oleh kerana saya akan sibuk hari itu, saya fikir RM2500 adalah pindahan dari keluarga saya dan RM800 dari pihak koperasi saya. Hari ini 20 nov 2009 , saya memang sudah rancang untuk membuat beberapa transaksi termasuk membayar bil2.
Alangkah terkejutnya bila saya mengakses akaun melalui www.maybank2u.com.my, pada jam 12.15 tenghari, akaun saya sudah susut sebanyak Rm3300. Ada dua transaksi pindahan berlaku pada 19 nov 2009. Malah selepas menyemak transaksai akaun , saya cuba untuk mengakses URL yg diberi dalam fraud email. Malangnya semua pautan yg di beri , memberikan respon ““the page you’re looking for wasn’t found “ . maknanya mereka sudah delete program yg direka khas untuk ‘mengumpan’ pengguna.

Memandangkan hari ini Jumaat, saya terpaksa tunggu lepas solat Jummat untuk ambil tindakan . Selepas solat zohor saya hajat. Kemudian menghubungi ‘customer service’ maybank. Seperti yg dijangka pihak maybank kesal dengan kecuaian saya tidak menghubungi mereka dan percaya dengan email tersebut. Saya akui kecuaian saya. Pihak Maybank mengarahkan saya menukar kad ATM dan mereka mem’block’ akaun internet saya. dan saya juga perlu buat laporan polis.
 
Melalui kemudahan M2uhistory saya dapat menjejak transaksi pada 19 nov 2009 dimana dua pindahan telah dibuat. RM2500 dari akaun simpanan dan RM800 daripada akaun semasa. Pindahan telah dibuat kepada penama Lina Hazlina binti A (paparan skrin tak lengkap) nombor akaun Maybank 114236267361. Saya harap ada sesiapa yg dapat bantu saya menjejak Lina Hazlina ini selain pihak maybank yang tentunya akan dapat menjejaki maklumat beliau kerana beliau ada akaun dengan maybank.
Saya fikir jika beliau pulangkan wang saya, saya tak akan buat repot polis. Kalau saya buat laporan polis mungkin dia masuk penjara . Mana lebih baik? saya ada cari maklumat Lina Hazlina di facebook tapi tak pasti apakah itu orangnya. Jika Lina Hazlina sendiri membaca coretan ini, sila ambil tindakan sebelum saudari ditangkap.
Read more...

KES RAGUT SEMAKIN MENJADI-JADI

Mangsa ragut yang terbunuh di ibu negara semalam sempat menggunakan telefon bimbit untuk merakamkan gambar isteri bersama anak tunggalnya selain meninggalkan pesanan yang memilukan.

"Biar ayah ambil gambar Kasih (Zalifah Qistina) dengan ibu (Norehan Abd Rahman) sebab lepas ini Kasih dah tak boleh tengok ayah lagi," kata-kata itu diucapkan Abdul Rahman Mohd Khala'din, 34, sebelum menyerahkan anaknya, yang berusia 18 bulan, kepada kakak iparnya.

Kakak mangsa, Halimah Mohd Kala'din, 39, berkata sejurus selepas mengambil gambar itu, adiknya menyerahkan anak tunggal yang dipanggil Kasih kepada kakak iparnya di sebuah pusat beli-belah di Taman Maluri, Kuala Lumpur.

Kakak iparnya begitu terkejut kerana lima minit kemudian Abdul Rahman yang menunggang motosikal bersama isteri untuk ke tempat kerja terkorban menjadi mangsa ragut.

"Kakak ipar arwah yang berada di pusat beli-belah tersebut langsung tidak menyangka bahawa itu merupakan pesanan terakhir arwah buat Kasih dan Norehan," katanya kepada pemberita selepas jenazah Abdul Rahman dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Slim di Slim River kira-kira 2.40 petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang semalam, Abdul Rahman dan Norehan yang baru keluar dari pusat beli-belah itu dipercayai dihimpit dua peragut sebelum hilang kawalan motosikal sehingga merempuh pagar simen sebuah rumah menyebabkan mereka tercampak ke tepi jalan.

Abdul Rahman maut di tempat kejadian manakala Norehan cedera parah dan rantai lehernya turut dilarikan peragut.

Halimah berkata walaupun bersedih dengan peristiwa berkenaan, namun kaum keluarganya tetap bersyukur kerana ketika kejadian Kasih bersama kakak ipar arwah.

"Saya sendiri tidak boleh bayangkan jika Kasih turut membonceng motosikal itu. Mujurlah Kasih tidak bersama," katanya.

Katanya, kaum keluarga menerima peristiwa itu sebagai satu takdir, namun tetap berharap agar mereka yang terlibat dapat ditangkap.

"Kesan perbuatan peragut sangat dahsyat dan sebolehnya (kami) mahu mereka dihukum... menjadi pengajaran kepada orang lain," katanya. BERNAMA

Artikel di atas merupakan kejadian ragut yang terbaru berlaku di kawasan berhampiran dengan aku iaitu di kawasan tempat aku menjalankan praktikal iaitu di Taman Maluri...aku sempat melihat polis sedang menjalankan siatan di tempat kejadian semasa aku dalam perjalanan pulang ke rumah...aku sangkakan ade 'road block' huhu..rupa2 nya lain plak yang terjadi...makin menjadi2 kes ragut sekarang ni tau...rasa macam dah tak selamat dah berada di luar...dunia...dunia...moga2 dijauhkan dari perkara yang tak diingini...AMIN....
Read more...

TAKO ZEN & DORAYAKI

Ini aku ada kisah pasal makanan jepun ni...masa ni aku ajaklah my cousin & her nephew pegi carefour wangsa maju nak gi servey harga2 kain langsir kat nagoya...lepas tu kitorg pun jalan2 lah dkt tmpt jual2 makanan tu...cousin aku tu plak cakap nak beli TAKO ZEN ni...aku pun ikut je lah...nampak cam sedap...ala2 kaya ball...


ade tiga perasa...harga pun boleh tahan gak...



Yumm...Yummm....

Sambil2 kitorg tunggu bola kecik ni masak...kat sebelah tu plak ade jual DORAYAKI...makanan kegemaran DORAEMON....huhuhu ramai jugak org membelinya...aku nak gak beli..tapi bile mengenangkan sebiji (atas bawah) RM 1.50..huhu tak puas makan tu...


Dorayaki yang nampak menyelerakan...



Orang minta yang panas,aku pun nak jugak yang panas...huhuhu



Yumm...Yummm...Yuummmm

Aleh2...aku beli jugak lah 3 keping...RM4.50...perisa coklat...rasanya aku boleh masuk ke dalam saluran tekak aku ni...tapi yang TAKO ZEN tu...baru aku makan sikit dah tak termakan aku...nampaknya tekak aku ni memang tekak melayu...tak boleh terima japan food ni...

*** Semasa aku membuat entri ni..aku teringat seseorang yg berada di Jepun atas urusan kerja...:-(


Read more...
Salam semua...lama aku tak mengeluarkan entry baru aku di blog aku ni...dekat hampir seminggu aku tak buka blog aku ni...dalam tempoh tu macam2 yang berlaku di sekeliling aku...aku pun tak berapa nak ingat..tapi aku akan ceritakan serba sedikit peristiwa yang berlaku dalam tempoh tersebut...(apa yang termampu aku ingat...huhu)....

Year End Sale (YES) Di Jusco Maluri

Sale di jusco ni berlangsung 2 hari iaitu 2 & 3 Disember (rabu&khamis)...aku tak terfikir pun nak pegi masa tu...tak de benda pun nak beli...tapi dkt2 nak lunch tu...salah sorang staff ajak plak pegi...apa lagi kitaorg golongan2 hawa ni pantang di ajak berjalan...tak de duit pun buat2 ade duit...huhu...kitorg enam org pun berjalan kaki lebih kurang 10 minit...huhu bagi aku penat giler tu...(tu lah x biasa berjalan kaki) sampai jek dalam jusco tu kitaorg pun berpecah...pegi cari barang masing2...aku plak terus menuju tmpt kasut...x de yang menarik...aku pegi plak kat vincci...aku pun beli lah ade satu sandle yang dapat 50%...dalam 20 lebih harganya..tu jek lah yang aku beli...baju2 plak aku memang tak terlintas nak beli pun...sbb baju aku kat umah tu berlambak2 dlm almari tak pakai2...sambil2 aku menunggu yang lain...aku tgk gelagat org membeli barang...org2 yang menjual barang...pening kepala aku menenggoknya...huhu...aku sempat take this picture utk tontonan korang...


Gelagat pengunjung berebut membeli Bantal tidorrr jenama ???? ( x igt)....ZzZZZzZzZ



 Macam nak buat meniaga pun ada dorang ni...huhuhu



Sesi memilih permainan untuk anak2...


Bile plak aku nak beli barang2 macam ni ??? huhuhu

Kitorang gerak balik dalam pkl 2.30pm..huhuhu sesuke hati jerk kan..ntahlah opis ditinggalkan tak de orang kan...hehehe...tak pe2..sekali skala..bkn slalu pun..huhu...sampai opis masing2 penat..aku plak mencari air corn...& sambung buat kerja....



Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...