Sunday, October 17, 2010

11 Prized Tips For Wedding Day Photography



 
Salam kepada semua pengunjung blog nainchduniaku, kat sini aku nak kongsikan dekat korang tentang artikel yang memberi tahu Tips untuk sesi Fotografi pada hari perkahwinan.                                                       
1) Build a bond with the couple
When diving headfirst into shooting a wedding, being prepared beforehand is extremely important. You wouldn’t fly a plane without doing proper preparation beforehand, right? So it goes if you go into shooting a wedding without knowing the style of the couple and making them aware of your personal style as a photographer. Get everything into the clear at the forefront. This way, there will be no surprises along the way and the couple will confidently put their trust in YOU to capture their wedding day pictures.
2) Preview the wedding and reception venue
A prepared photographer will make sure to know where it is they will be shooting wedding pictures and reception photos. It helps to know what the location looks like before you shoot there so that you not only bring the right camera equipment, but are able to brainstorm and consider different shots before the actual wedding day begins.
3) Assemble a wedding photography shot list
There are typically traditional pictures that every couple wishes to have taken on their wedding day. A simple Google search of “wedding photography shot list” will bring up a slew of different websites listing the must-have pictures taken during the course of the wedding day. It’s also a good idea to ask the couple if there are any special or creative shots they might like. Unless you have a killer memory, say that of an elephant, it would probably be a good idea to print out a list of each photo you want to take. Check them off as you go to make sure you don’t miss one. These wedding pictures cannot be recreated, so make sure to get them all!
4) Appoint a DR (Designated Relative)
It is no secret that a wedding day equals pure insanity. There are family members running around everywhere, taking care of last minute details, and quite often, finding something to drink (and this many times involves alcohol!). Because it is so difficult for you, a person not related to the family, to track down each relative for the family photo, designate ONE person to do this job. Make sure it is someone who is authoritative, knowledgeable, and better yet, sober.

wedding day photos

5) 2nd photographer equals 2nd camera equals more pictures
Many wedding photographers offer to provide two photographers for the day of the wedding. This helps to capture shots you may not have seen or may not be in a place to shoot. During the wedding ceremony, there is only so much time to take pictures. Your two feet also only move so quickly. If you can afford to hire a second photographer, just do it. It alleviate some stress on you getting all the pictures you want to get and will also give you some security knowing you have two sets of pictures to go through after the wedding day is over.
6) Shoot in RAW
Although RAW files take up much more memory space than jpeg files do, as the photographer, you have the liberty to manipulate what the image will look like afterwards much more than with a jpeg. Balancing your exposure and the brightness when shooting in RAW will allow for much more detail to be present after the editing process.
7) Confident vs. Cocky
Because time is of the essence during the wedding day, it is up to you to make sure you move as quickly and as frequently as necessary to get the shots you want. Sometimes you will be in people’s way, others you won’t. Make sure you know when is appropriate. During the ceremony, if the couple is okay with it, jump right up front and take those photos. While shooting family pictures, be assertive and give direction. However, know when there is time to lay back and take a moment to breathe. It’s all about timing.

tips on wedding photography
8} Employ a fill flash
When shooting a wedding, your subject is the most important thing in your camera lens. Because there are often shadows cast on the subjects (especially during midday and outdoor shoots), using a fill flash can help to increase contrast and make your subject pop out from the background. It places more emphasis on what is being photographed.
9) Catch an entire group photo
A quick and easy way to document most everyone who attended the wedding is to take an entire group photo. Because the guest list and wedding party might be large, finding a location high above will often help to capture every person’s face. You can get atop of a balcony or even say, the choir area of a church, gather everyone below, and take a few quick shots of the group looking up at you. The key is to get everyone in the shot and make it quick (and painless).
10) Set to continuous shooting mode
Also known as “burst mode,” this format of shooting helps to catch the moment of relaxation of the subject. The most personality usually comes out of a person after they have stopped actually posing for the camera. So shooting in this mode might get a couple laughing at each other, making crazy faces across the room, or even a person deep in thought, after the initial “posed” picture has been taken.

wedding photographers
11) Be flexible and enjoy the day
There are always going to be things that seem to go “wrong” during a wedding day photo session. Someone may lose the ring, a bridesmaid may trip down the isle, it could even being to downpour during the middle of a ceremony. The thing is to be prepared for these type of “mishaps!” After all, it is just LIFE. And usually, the unexpected in life makes for the best pictures! They’ll create memories that are only specific to that couple’s special wedding day and you are the lucky photographer that caught it. Have fun in the unexpected and make the best of everything you shoot! Keep smiling and they will too.
Read more...

7 Istilah Yang Anda Perlu Tahu Dalam Videografi Perkahwinan


1) Kamera digital dan analog
Pada ketika ini, kamera video analog amat kurang sekali digunakan. Ini kerana kamera video digital mampu menghasilkan gambar yang jauh lebih baik, harga yang mampu dimiliki dan memudahkan aliran kerja terutamanya untuk proses suntingan digital. Secara umumnya, penggunaan kamera digital membolehkan jurukamera menghasilkan video perkahwinan yang lebih berkualiti dengan kos yang lebih rendah.
 
2) Format video
Format video merujuk kepada jenis kamera dan jenis pita video. Terdapat berbagai jenis format video yang digunakan dan setiap satunya mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Format video yang paling popular yang digunakan untuk merakam gambar perkahwinan adalah format mini DV. Ianya tergolong dalam format digital. Pita mini DV ini bersaiz kecil ( lebih kecil dari kotak rokok ), tidak mahal dan mampu menghasilkan kualiti gambar yang baik. Lain-lain format digital yang ada digunakan adalah Digital 8, DVCAM, DVC Pro dan lain-lain lagi. 

3) ‘Master tape’
‘ Master tape’ bermaksud pita asal yang digunakan untuk merakam gambar video. Selepas rakaman selesai dibuat, pita ini akan disunting dahulu sebelum dijadikan VCD atau DVD untuk ditonton oleh pelanggan. Ini bermaksud, ‘master tape’ mengandungi imej video yang tidak disunting. Walaupun tidak disunting, kualiti gambarnya adalah lebih baik dari VCD atau DVD yang sebenarnya merupakan salinan dari pita asal.

4) Suntingan video
Suntingan video adalah merupakan satu proses dalam ‘post production’, iaitu satu proses yang terlibat selepas tamat sesuatu penggambaran. Biasanya, kerja yang terlibat dalam proses suntingan digital adalah seperti berikut:
a) ‘Digitizing’ – memindahkan imej video dari pita ke dalam cakera keras komputer.
b) Offline editing – memotong keluar babak video yang tidak menarik dan menyusun semula setiap babak video mengikut kesinambungannya.
c) Online editing – memasukkan tajuk video, muzik latarbelakang dan kesan khas.
Setelah suntingan siap dilakukan di dalam komputer, imej video ini akan dipindah keluar ke dalam bentuk VCD atau DVD.

5) Montaj video
Montaj video biasanya dimasukkan pada awal sesuatu persembahan video. Montaj video ini adalah ringkasan kepada keseluruhan video yang biasanya mengambil masa sekitar 5 minit. Berbagai teknik dan kesan khas yang menarik akan digunakan secara kreatif dalam montaj video ini.

6) VCD & DVD
Gambar video yang telah disunting biasanya akan dipindahkan ke dalam bentuk VCD atau DVD. Seperti yang anda sedia maklum, format DVD boleh menghasilkan gambar yang jauh lebih baik dari VCD. Pada ketika ini, video perkahwinan dihasilkan dalam format DVD secara meluas kerana kualitinya yang baik dan kosnya yang semakin murah.

7) ‘Multi Camera Production’
‘ Multi Camera Production’ adalah satu produksi video dimana lebih dari satu kamera video digunakan secara serentak dan kesemuanya dihubungkan kepada satu pusat kawalan. Imej terbaik dari salah satu kamera ini akan dipilih silih berganti. Ini menghasilkan gambar video terus menerus tanpa potongan dengan sudut rakaman yang berbeza. Biasanya, imej video dari kamera yang terpilih akan disiarkan terus ke skrin projektor. Khidmat ‘Multi Camera Production’ semakin popular sekarang terutamanya untuk majlis yang diadakan di hotel kerana ianya dapat menjadikan sesuatu majlis itu kelihatan lebih gemilang.


Oleh: Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.
Read more...

7 Istilah Yang Anda Perlu Tahu Dalam Fotografi Perkahwinan


1) ‘Photographer’ atau ‘cameraman’
Sebenarnya, perkataan ‘photographer’ dan ‘cameraman’ merujuk kepada dua kerjaya yang berbeza. ‘Photographer’ atau jurugambar adalah orang yang merakam gambar foto. Manakala ‘cameraman’ atau jurukamera adalah orang yang merakam gambar video. Jadi, gunakan istilah yang betul agar tidak timbul kekeliruan dalam komunikasi anda.

 
2) Fotografi digital & analog
Fotografi digital menggunakan kaedah merakam gambar foto tanpa menggunakan filem. Fotografi analog pula memerlukan filem sebagai alat untuk merakam gambar. Penggunaan kamera digital amat meluas pada masa kini kerana ianya amat memudahkan kerja jurugambar, sekaligus membantu jurugambar merakam gambar dengan lebih baik. Sekiranya gambar anda dirakam dengan kamera analog, anda perlukan negatif untuk membuat cetakan gambar. Namun, jika kamera digital digunakan, anda perlukan fail jpeg atau lain-lain fail imej untuk membolehkan gambar itu dicetak. Fail gambar ini biasanya disimpan di dalam CD. Gambar dari kamera digital hanya boleh dicetak di kedai gambar digital.

3) ‘Photojournalistic style’ & gaya fotografi tradisional
Rakaman gambar perkahwinan dengan pendekatan ‘photojournalist’ semakin diminati ketika ini. Gaya fotografi ini memperlihatkan banyak rakaman gambar kandid dengan aksi bersahaja. Setiap perkara akan dirakamkan seperti mana ianya berlaku tanpa arahan dari jurugambar. Antara teknik yang digunakan adalah penggunaan cahaya semulajadi yang membuatkan sesuatu gambar itu lebih realistik. Gaya fotografi tradisional pula adalah pendekatan rakaman gambar yang lebih tertumpu kepada rakaman potret pasangan pengantin dan perkara lain yang berkaitan secara terus denga sesuatu majlis perkahwinan. Namun, selain dari gaya yang disebutkan, terdapat banyak lagi pecahan gaya lain dalam rakaman gambar perkahwinan.

4) Album ‘sticky’, poket dan eksklusif
Album ‘sticky’ adalah album dimana kita boleh melekatkan gambar di atas mukasuratnya dan kemudian gambar tersebut akan dilitupi oleh helaian plastik nipis. Album poket atau ‘slip-in’ pula adalah album yang sudah siap mempunyai ruang berpoket untuk kita menyisip gambar ke dalamnya. Kini, dengan perkembangan teknologi fotografi digital, sejenis lagi album gambar telah diperkenalkan. Album gambar ini mampu mempersembahkan gambar foto dengan cara yang sangat menarik. Album gambar ini dikenali dengan beberapa nama seperti ‘exclusive album’, ‘digital album’, ‘special album’, ‘storyboard album’ dan sebagainya. Secara umumnya, album ini bersaiz 8 X 10 inci atau lebih besar. Gambar-gambar di dalamnya akan disusun atur dengan saiz dan kesan khas yang pelbagai.

5) Saiz gambar
Terdapat berbagai saiz gambar yang biasa digunakan. Gambar 3R bersaiz 3 X 5 inci adalah satu saiz yang popular satu masa dulu, kini digantikan dengan saiz 4R iaitu 4 X 6 inci. Gambar saiz ini biasanya sesuai dimuatkan ke dalam album. Untuk saiz yang lebih besar yang sesuai dipaparkan dalam bingkai untuk hiasan meja adalah 5R ( 5 X 7 inci ) dan 8R ( 8 X 10 inci ). Gambar yang lebih besar dan sesuai untuk bingkai hiasan dinding adalah saiz 11R ( 11 X 14 inci ) atau 16R ( 16 X 20 inci ). Anda juga boleh cuba membesarkan gambar dengan saiz ‘panoramic’ atau ‘square’ untuk mendapatkan kelainan pada paparan gambar anda. Satu perkara penting yang harus diingat sebelum membesarkan gambar ialah, anda perlu pastikan yang gambar tersebut benar-benar tajam dan beresolusi tinggi. Jika tidak, gambar tersebut akan kelihatan kabur setelah dibesarkan.

6) Pembantu jurugambar
Ada jurugambar yang menggunakan pembantu jurugambar apabila melakukan tugasan merakam gambar perkahwinan. Pembantu jurugambar penting untuk membolehkan jurugambar bekerja dengan lebih efisyen. Jurugambar akan memberi sepenuh tumpuan kepada aspek artistik sesuatu subjek, manakala pembantu jurugambar akan membantu dari aspek teknikal. Namun, cara kerja ini melibatkan kos tambahan pada harga perkhidmatan fotografi yang diberikan.

7) Gambar hitam putih dan sepia
Gambar hitam putih dan sepia ( warna coklat ) kini semakin diminati. Ianya memberikan sentuhan klasik atau nostalgia pada sesebuah gambar. Namun, kebanyakan gambar hitam putih atau sepia ketika ini tidak melalui proses yang tulen sebagaimana gambar hitam putih yang sebenarnya. Ini kerana, kos untuk menghasilkan gambar hitam putih yang tulen adalah lebih tinggi dari kos untuk menghasilkan gambar warna. Gambar hitam putih yang asli dihasilkan dengan merakam gambar menggunakan filem hitam putih dan dicetak di atas kertas hitam putih juga. Tona gambarnya lebih baik dan ianya tahan lebih lama. Kebanyakan gambar hitam putih sekarang ini dihasilkan dengan merakam gambar dengan kamera digital. Kemudian, gambar tersebut diubahsuai menjadi hitam putih di dalam komputer dan seterusnya dicetak seperti biasa.


-Oleh: Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.
Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...