Wednesday, October 13, 2010

Kemalangan Ngeri Di Melaka

REMBAU, 10 Okt (Bernama) -- Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini Ahad.

Polis berkata kejadian berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.

Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.

Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.

Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.

Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja'afar dan Hospital Melaka.


Di atas merupakan keratan berita berkenaan dengan kemalangan ngeri yang berlaku di Simpang Ampat, Melaka pada tanggal 10.10.10 baru-baru ni...Di sini aku ingin kongsikan gambar-gambar yang di ambil semasa kejadian tersebut berlaku...Walau apapun salam Takziah di ucapkan kepada keluarga yang terkorban di dalam kemalangan tersebut...AL-FATIHAH






























Read more...

Hanya untuk orang-orang yang nak kahwin!

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......
.
.
.
.
.
.
.

Kesimpulannya... janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini.
Kalau dah dapat yang rasa macam ok jer tu.. rembat je cepat..

Lepas tu, cepat-cepat kumpul duit kahwin dan langsungkan perkahwinan..
Kalu tak cukup duit nak buat kahwin, jangan risau, boleh klik di bawah ;

KLIK DI SINI

Insyallah, dapat membantu.
Read more...

65 angkasawan berbaju Melayu di majlis Dr Sheikh Muszaphar


Pasangan pengantin mengabadi kenangan bersama kumpulan angkasawan yang masing-masing segak berbaju Melayu.


Perkahwinan Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan Dr. Halina Mohd. Yunus mencatat sejarah tersendiri apabila majlis tersebut turut dihadiri oleh 65 angkasawan dari luar negara.
Secara kebetulan kesemua mereka berada di Kuala Lumpur sempena Kongres Planet Ke-23 anjuran Persatuan Penerokaan Angkasa yang bermula 5 Oktober lalu dan berakhir semalam.
Menariknya pada majlis yang diadakan di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC), kesemua angkasawan berkenaan segak dengan berpakaian baju Melayu lengkap bersamping dan songkok.
Malah pasangan mereka juga kelihatan anggun dengan busana baju kurung yang disediakan khas oleh Jakel.
Penolong Pengurus Imej Jakel, Mohamad Azizi Wahab memberitahu, pihaknya menyediakan 150 pasang baju Melayu yang dilengkapi dengan samping dan songkok.
''Kesemua ini kita sediakan bagi memeriahkan lagi majlis tersebut memandangkan Dr. Sheikh Muszaphar merupakan angkasawan pertama negara,'' ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.
Beliau juga menjelaskan, penajaan tersebut merupakan tanggungjawab sosial syarikatnya kepada masyarakat.
Malah ia juga merupakan salah satu cara untuk memperkenalkan baju tradisional negara kepada dunia luar.
Katanya lagi, pelbagai warna dan corak disediakan bagi memudahkan kumpulan angkasawan berkenaan memilih warna yang digemari.
Malah, pihaknya juga turut menyediakan baju Melayu yang bersaiz besar mengikut saiz Eropah.
Sementara itu, ketika sesi mencuba pakaian yang berlangsung di Hotel Istana sehari sebelum majlis persandingan, kesemua mereka kelihatan teruja dan seronok apabila berpeluang untuk memakai baju kebangsaan itu.
Salah seorang angkasawan, Klaus Dietreh Flade dari Jerman menyatakan keterujaannya apabila berpeluang mencuba pakaian tradisional masyarakat Melayu.
''Saya tidak sabar untuk mencuba pakaian tradisional ini yang sememangnya sangat unik dan menarik,'' ujarnya yang ditemani isteri.
Beliau yang bangga dapat mencuba memakai pakaian kebangsaan itu memilih warna coklat cair untuk di pakai majlis persandingan Dr. Sheikh Muszaphar Shukor.
Beliau yang merupakan juruterbang di sebuah syarikat penerbangan di Jerman menjelaskan kehadirannya pada majlis itu merupakan penghormatan kepada seorang teman yang pernah bekerjasama sebelum ini.
''Biarpun tidak pernah bertemu, namun inilah sokongan dan penghormatan saya untuk kepada Dr. Sheikh Muszaphar yang pernah menjejak kaki ke angkasa lepas,'' akuinya jujur.
Sementara itu, seorang lagi angkasawan, Sergei Avdeyev Va Siljevich, 54, turut berasa seronok kerana berpeluang meraikan majlis istimewa sahabatnya.
''Saya seronok kerana dijemput untuk menghadiri majlis yang bersejarah ini,'' ujarnya yang berkenalan dengan Dr. Sheikh Muzaphar ketika menghadiri seminar di Republik Czech sedikit masa lalu.
Angkasawan dari Rusia ini juga teruja kerana berpeluang mencuba baju Melayu dan dibawa pulang untuk di tunjukkan kepada rakan-rakan di negaranya.
''Tidak sabar rasanya untuk memakai baju ini dan ke majlis yang penuh adat itu,'' ujarnya sambil mendoakan kebahagiaan kepada pasangan pengantin baru itu.

Ihsan daripada Utusan Malaysia
Read more...

Tuesday, October 12, 2010

Majlis Pertunangan Anak Saudara Ku...

Pada tanggal 10.10.10 aku telah hadiri suatu majlis pertunangan saudara ku sekali gus merangkap anak buah ku...walaupun umur nya lebih tua daripada aku...huhuhu
Pada jam 12 tgh hari aku telah sampai ke rumah nya yang terletak di Setapak indah...Tetamu dah makin ramai yang terdiri daripada ahli keluarga kedua dua belah pihak ibu bapa pengantin perempuan nya...
Tugas aku pada hari tersebut selain daripada membantu apa2 yang patut, aku turut menjadi jurugambar yang tidak bertauliah dengan menggunakan kamera slr milik abang aku...
Apa2 pun...itu kerja @ hobi yang memang aku suka dan impikan untuk lebih serius ke arah tersebut....

Dibawah antara picture yang aku sempat rakamkan buat tatapan anda semua...

...Pengantin Perempuan nya...
 





















Read more...

Wednesday, September 22, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam semua pembaca2 blog...salam lebaran untuk semua...lama juga x jengah ke blog aku ni...buzy sesangat masa bulan puasa hari tu...huhuhuhu...now baru lah dapat relex2 sikit...

Aku now tengah pening sebab x de connection internet dirumah...banyak perkara yang aku nak buat dengan adanya internet ni...tapi TM pulak macam2 hal plak...TENSIONNYE!!!!!

Ada sesiapa yang boleh tolong aku percepatkan pemasangan TM ni kat umah aku ????? TOLONG !!!!
Read more...

Wednesday, July 28, 2010

Happy Besday to Effah Qarinah !!!

Assalamualaikum...
Hari ini merupakan hari lahir anak buah saudara aku yang ke-3 tahun...Effah Qarinah...
Semoga dipanjangkan umur dan dimurah kan rezeki...Jangan noty-noty...be a girl ye...don't be like boy...hehehe
To Effah mother...tak celebrate ke besday Effah???
Cup cakes tak de ke???
Hopefully ada buat lah...lama tak makan besar ni...hehehe



HAPPY BESDAY 
EFFAH QARINAH YANG KE
3 TAHUN !!!

Read more...

Tuesday, July 27, 2010

Bertemu Kembali

Salam buat semua...dah lama betul aku tak berBLOG di sini...tidak ada kesempatan untuk berkongsi pengalaman yang ada...coz busy dengan study...broadband pun tak de nak surf internet and meng UPDATE post2 terbaru di ruang blog ni...now aku tengah tunggu Streamyx pasang kat rumah aku...mungkin masa tu aku akan mengupdate blog aku habis-habisan...coz banyak jugak story aku nak kongsikan dengan korang semua...huhu

Ok lah...ini pun aku curi2 masa utk update blog ni...(last week di tempat kerja ku) x sampai dua bulan dah berhenti...hehehe (nak cari pengalaman berniaga pulak...huhu...family business...)

Business apa??? tunggu...hehehe

Read more...

Saturday, May 22, 2010

Rindunye nak berBLOG

Salam sume nye.........waaaaaaahhhhhhhhhhhh!!!!!!! lama nye aku tak masuk ke blog aku utk berkongsi suke duke perjalanan hidup aku...kali ni aku dapat singgah sekejap jerk...just nak inform that i will come here again lagi beberapa hari utk mencatatkan segala ape yg berlaku 6 bulan lepas...banyak sgt kisah yg terjadi pada masa itu...ok lah...now nak continue study...have 2 paper more for the final exam for the final semester...daaaaaaa.....Salammmm.....
Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...