Sunday, January 09, 2011

Datuk Siti Nurhaliza Sakit ???

Salam semua...masa aku tulis kan posting ni aku baru lepas buka FB aku lepas seharian aku tak buka dari pagi tadi, masa tengah2 tgk wall aku..mata aku terus terSTOP dekat picture DATUK SITI NURHALIZA yang tengah pakai macam bantuan alat pernafasan tu...yang selalu orang ada ASMA pakai tu...aku pun tak tahu nak cakap benda apa tu...ni hahh picture nya....


Sumber Gambar - Rozi Abdul Razak (FB)
Terkejut aku tengok...baru dia duduk pakai benda tu...kalau dah terbaring pakai benda tu (minta jauh kan lah)...tak ke suspen peminat2 DCT ni tengok...Salah sorang nye, aku lah...huhu...mana tak nya, mana penah tengok DCT sakit2 macam ni...tambah2 malam ni DCT nak perform untuk AJL yang ke 25...walaupun bukan bertanding, just sebagai artis jemputan, tapi tu lah...Nak petik sikit ayat dari Kakak Ipar DCT, Kak Rozi "Pekerja kjaan n swasta ada MC, artis kalau ambil MC akn susahkn byk pihak, terutama utk muncul live malam ini di tv, siapa kata org seni tiada pengorbanan???" Aku setuju sangat-sangat dengan perkara tu...DCT merupakan salah seorang artis yang begitu komited terhadap kerjanya... Harap2 tak kan ada cakap2 yang negatif selepas daripada DCT buat persembahan malam ni...Mungkin orang-orang kat luar sana just tahu yang DCT sakit tekak, mungkin mereka tak tahu yang seserius ni...Apa2 pun kami semua peminat DCT akan sentiasa menyokong DCT dari mana jua kami berada,,,ALL THE BEST DCT !!! LUV U FOREVER !!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...